NOV 04 2019 REMAJA FAIZ FASHION LELAKI

(Arrow ke body bag)
Keep the importants stuffs close to your heart, in an oversized package that is! Trend beg cross body semakin digemari ramai kerana ia mengutamakan fungsi dan terasa selesa selepas strap diketatkan. Ia juga menyediakan lebih ruang storan berbanding fanny pack. Selarikan warna pakaian dengan beg bagi mendapatkan stail yang kohesif.

Beg & celana. MASYADI MANSOOR

Bubble:
Follow Alif Muhaimin di Instagram: @alipblastoff

Ads

(Arrow ke jaket)
Jujurnya, kot labuh atau trench coat tidak pernah meninggalkan radar fesyen pada setiap musim. Cuma cara penggayaannya saja yang berubah wajah. CELINE dan LANVIN masing-masing memperkenalkan rona selain khaki seperti biru dan kuning. Manakala SACAI mengubah ‘peraturan’ trench coat dengan gaya tali dan potongan berbeza. Sekiranya kamu berbadan lebih kecil daripada Alif dan takut ‘tenggelam’ dek fabrik pada kot, gunakan teknik layering pada bahagian dalam dengan sarungan turtleneck atau sweater.

Jaket & celana. MASYADI MANSOOR

Ads
  • Setelah selesai dengan drama popular Setelah Terlafaznya Akad di samping Kamal Adli & Uqasha Senrose, Alif tampil untuk kali pertama di saluran TV3 menerusia drama Sara Sajeeda. Dia memegang watak sebagai Khalif iaitu adik kepada watak Tiz Zaqyah.
  • “Ini merupakan kali pertama Alif memegang watak yang lebih matang daripada sebelum ini. Khalif menaruh perasaan terhadap kawan baik kakaknya, Nelissa (lakonan Fouziah Gous) yang juga merupakan pensyarah di universitinya.”
  • Menurut Alif, dia bersyukur di atas peluang berlakon bersama pelakon senior yang banyak membantunya di set penggambaran. “Menerusi Sara Sajeeda juga, Alif merasai drama yang memerlukan komunikasi dalam bahasa Inggeris kerana ia melibatkan dunia lokasi, di Malaysia dan Pakistan.
Product
(1) ‘Shacket’. TOPMAN LTD
(2) Justin Timberlake Hybrid Sherpa Trucker Cord Canvas. LEVI’s RM399
(3) Stokin. H&M RM129.95
(4) Backpack Verve Logo-Patch. GUESS
(5) Loafer Adrian Snaffle. DOC MARTENS

(Arrow ke jaket)
Cetakan camouflage (camo) pada bahagian jaket bukanlah perkara yang baru, tetapi cara kamu mengolahnya menjadi stail segar akan membuatkan kamu lebih menyerlah. Cetakan ini kembali diperagakan di pentas Dior Cruise 2020, R13 Resort 2020, Off White dan Dries Van Noten SS 2020. Sertakan kelibat warna terang seperti pada topi, kasut atau beg agar kamu tidak kelihatan tenggelam dalam visual dua dimensi.

Ads

Jaket & celana. MASYADI MANSOOR

• REMAJA turut bertanyakan mengenai situasi bercinta dengan wanita yang lebih berusia disebabkan wataknya dalam drama Sara Sajeeda. “Alif memang suka berkawan dengan wanita matang kerana topik perbualan kami akan selalu mempunyai input baru.”
• “Wanita matang juga lebih bertanggungjawab dan mengambil serius setiap kali terlibat dalam sesebuah perhubungan. Alif jujurnya tiada masalah jika dijodohkan dengan seseorang yang memahami kita dengan baik.”
• Bercakap mengenai fesyen secara ringkas, Hero Remaja 2017 ini tidak berdepan masalah untuk mencuba stail baharu. “Sebagai pelakon baru, Alif ingin berterima kasih kepada pereka fesyen tempatan seperti Razman Razmi yang tidak pernah gagal menyiapkan Alif dengan baik setiap kali menghadiri acara.”

Product
(1) Topi beanie. TOPMAN
(2) Jaket ski. H&M RM549.95
(3) Beg shopper. GUESS
(4) Apple Watch Series 5; Space Gray aluminum case. APPLE RM1,749
(5) Kasut reflektif Alphaedge 4D. adidas RM1,400

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI