Pasti korang pernah mendengar atau membeli jenama Fifa Rasol ini. Pemilik label ini baru berusianya baru mencecah 29 tahun tetapi kejayaan yang ditempa Dr Fifa Rasol hari ini cukup membanggakan.

ARTIKEL BERKAITAN : Rezeki Makin Bertambah, Isteri Hafidz Roshdi Ditawar Jadi Model Jenama Fesyen Muslimah

Pilih Bidang Perniagaan Dari Bidang Perubatan

Meskipun mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan namun wanita berjiwa besar ini nekad menjadikan perniagaan busana muslimah sebagai kerjaya pilihan. Apatah lagi impian untuk membina jenama pakaian sendiri sudah mula terbit sejak di bangku sekolah lagi.

Optimis membawa jenama Fifa Rasol dalam pasaran negara, Dr Fifa atau nama sebenarnya Nur Afifah Rasol ketika dihubungi Nona mendedahkan dia mula serius menceburi bidang perniagaan kira-kira dua tahun lalu.

“Modal permulaan saya dapat dari ibu sebanyak RM2,000. Saya mula serius berniaga lepas graduate Jun 2019 dan produk pertama saya ialah baju kurung chiffon. Sebenarnya sejak Tingkatan 1 lagi saya dah pasang impian mahu ada brand sendiri. Lebih-lebih lagi sebab saya boleh jahit baju dan suka design pakaian.

Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju!

Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju! Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju!

Ads

Jadi masa berada di tahun keempat perubatan, saya ambil peluang cuti semester 2 minggu untuk design baju dan jual. Tak sangka dapat sambutan. Sejak itu saya buat keputusan untuk teruskan bisnes ini dan anggap ia bukan sekadar untuk jualan isi masa lapang dan cuti semester saja.”

Ujarnya lagi, sejak kecil dia tertarik dengan kecekalan ibu tersayang menjana pendapatan melalui bisnes. “Sumber inspirasi saya ialah ibu saya sendiri sebab dari kecil ibu dah pernah jual macam-macam dan semua yang dia jual mesti laku. Hasil jualan itu jugalah ibu saya ada simpanan yang sangat kukuh sampai sekarang.

Dari situ saya nampak kesungguhan dan kerajinan ibu yang patut saya jadikan contoh. Saya mula minat dunia bisnes apabila melihat ibu seronok berniaga. Lagi buatkan saya mahu menceburi bidang ini sejak ibu hantar saya belajar menjahit ketika berusia 13 tahun.

Saya juga bersyukur ibu banyak bantu asah bakat saya menjahit dan mereka baju selain bagi duit untuk beli peralatan jahit kain dan mesin jahit. Ibu juga sanggup belikan dua mesin jahit baru untuk saya.”

Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju!
Fifa ketika tamat graduasi
Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju!
Di samping suami tercinta & anak

Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju!

Ads

Berkat kerja keras dan sokongan orang sekeliling, Dr Fifa kini mampu tersenyum bangga apabila dia bukan hanya berjaya membantu ramai wanita menjana pendapatan bahkan bakal berpindah ke kilang baru di Kajang, Selangor pada bulan Julai nanti. Tumpang bangga tengok bisnes FifaRasol makin berkembang maju!

Sekarang kami dah ada hampir 6,000 agen FifaRasol. 14 orang pula dah berjaya buat sale capai 5 ke 6 angka sebulan. Sempena raya tahun ini, kami dah hasilkan 14 design baju raya dengan 42 pilihan warna yang diilhamkan dari fesyen negara China dan Korea serta ditambah baik menjadi design baju kurung,” jelas graduan MBBS of Jordan Science and Technology ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fifa Rasol (@fifarasol)

Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju! Amal Bacaan Al-Waqiah & Doa Dhuha, Rahsia Jenama FifaRasol Terus Berkembang Maju!

Ads

Amal Bacaan Al-Waqiah Dan Doa Dhuha

Sementara itu ditanya amalan yang dilakukan setiap hari agar perniagaan terus berkembang maju, ini jawapan jujur Dr Fifa. “Setiap pagi saya amalkan bacaan Al-Waqiah dan doa dhuha bersama staf FifaRasol selain mengamalkan ayat tujuh untuk dipermudahkan segala urusan.

Sekiranya kita ada impian, kejarlah impian itu dengan berniaga sebab perniagaan ini antara jalan terpantas untuk kita capai impian lebih-lebih lagi apabila kita bersungguh-sungguh. Kalau ragu-ragu dengan kebolehan diri, tolak tepi dan beri peluang kepada diri untuk mencuba. Zaman sekarang kita dapat kurangkan risiko kerugian dengan berbisnes sambil bermentor. Pastikan kita ada guru untuk mengajar.

Jika tak mampu untuk mengikuti kelas atau bayar khidmat mentor, jadi agen kepada produk sedia ada. Secara tak langsung, anda akan dapat belajar pengalaman berniaga daripada usahawan tersebut secara percuma,” pesan Dr Fifa mengakhiri perbualan.

Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.

BACA LAGI : Hilang Tangan Sebelum Duduki SPM, Jaguh Olahraga Ini Harap Kisahnya Suntik Semangat

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.



Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI