Bukan calang-calang orang boleh terpilih untuk menerima anugerah khas yang diberikan universiti di Majlis Konvokesyen. Hanya mereka yang cemerlang dan membawa nama institusi dengan baik akan dinobatkan.
Graduan Ijazah Doktor Falsafah Komputeran (PhD), Dr Muhammad Fairuz Abd Rauf dan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kepujian), M Sangetha merupakan insan terpilih menerima Anugerah Khas Perdana Menteri.
Menariknya, ia merupakan julung kalinya pada Istiadat Konvokesyen Unisel ke-16 pada Sabtu lepas.
Rahsia Kejayaan Kerap Amal Solat Sunat Tahajud Awal Pagi
Menurut Muhammad Fairuz, 40, kejayaannya itu adalah berkat doa dan restu ibu, Zainab Sheikh Yusoff, 72, serta isteri, Umi Sofia Saad, 40.
Ads
“Saya bersyukur kerana dua insan paling istimewa dalam hidup saya tidak pernah putus berdoa dan memberi sokongan serta dorongan untuk saya berjaya,” katanya.
Muhammad Fairuz yang juga pensyarah dan Pengarah Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Unisel Shah Alam berkata, antara rahsia kejayaannya itu, beliau juga kerap mengamalkan solat sunat tahajud awal pagi.
Perasaan Teruja
Seorang lagi penerima anugerah sama, Sangetha, 23, berkata, perasaannya teruja apabila dipilih menerima anugerah itu yang kali pertama diperkenalkan sejak penubuhan Unisel.
Ads
Sangetha yang berasal dari Klang memberitahu, semasa mula-mula mengikuti pengajian peringkat ijazah di Unisel empat tahun lalu, dia hanya mahu belajar bersungguh-sungguh.
“Saya berhasrat menjadi pelajar terbaik dalam jurusan perakaunan sahaja, tetapi tidak menyangka memperoleh anugerah tertinggi pada konvensyen kali ini.
“Terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga, pensyarah serta rakan yang banyak membantu sepanjang menuntut di Unisel Shah Alam,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan pihak kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membantu pelakon berbakat besar, Jasmine Suraya yang bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.
Memetik laporan media tempatan, Fahmi akui kos yang perlu ditanggung pelakon drama Villa Kristal itu untuk melanjutkan pengajiannya ke Los Angeles menelan perbelanjaan yang tinggi.
Justeru itu, pihak kerajaan sedia memberikan bantuan sekiranya perkara yang dikemukan adalah bersesuaian.
“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni.
“Ataupun dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.
Terdahulu, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei menjadi rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.
Aktres itu juga dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula pada bulan hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Keluarga DiRaja Britain merupakan keluarga DiRaja paling berpengaruh dan popular di dunia. Sejarah keluarga yang panjang selama beratus tahun lamanya membuatkan kisah atau tragedi yang berlaku kepada keluarga ini menjadi tumpuan dunia.
Terkesan dengan skandal yang berlaku akibat tindakan Putera Harry dan isterinya Meghan Markle yang seolah-olah memburukkan keluarga DiRaja. Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila Putera Phillip yang merupakan suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia. Namun begitu baginda tetap tampil kelihatan tenang walaupun di uji dengan skandal oleh cucunya dan juga kematian suami tercinta.
Susuk tubuh baginda yang berusia berusia 95 tahun ini masih gagah menghadiri majlis-majlis kerajaan yang memerlukan kehadirannya. Menaiki takhta kerajaan selama 69 tahun sejak berusia 25 lagi, membuktikan yang usia muda bukan penghalang untuk baginda menjadi seorang pemimpin yang matang.
Namun tahukah anda, sebenarnya Ratu Elizabeth II mungkin hanya akan menjadi ahli kerabat DiRaja yang biasa sahaja jika bukan kerana bapa saudaranya melepaskan hak sebagai Raja yang bergelar sebagai Raja Edward VIII.
Kenapa baginda sanggup melepaskan hak kelahirannya sebagai seorang Raja?
Semuanya kerana seorang wanita.
WALLIS SIMPSON, SOSIALIT AMERIKA SYARIKAT
Kisah percintaan di antara Raja Edward VII menjadi kisah cinta terhalang yang akan kekal dalam lipatan sejarah keluarga DiRaja Britain selamanya. Ketika itu pihak gereja England tidak membenarkan seorang bakal Raja mengahwini wanita yang tidak lagi dara apatah lagi bergelar seorang janda yang pernah berkahwin sebanyak dua kali.
Ketika berkenalan dengan Raja Edward VII, Wallis masih lagi bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Ernest Simpson. Sebelum itu Wallis pernah berkahwin dengan pegawai tentera laut Amerika Syarikat, Win Spencer. Keputusan baginda yang mahu mengahwini Wallis menjadi berita tergempar ketika itu sehingga menyebabkan krisis perlembagaan terjadi.
Setelah menaiki takhta apabila meninggalnya Raja George V, baginda dilihat begitu serius untuk menjadikan Wallis sebagai suri hatinya dan ini meresahkan kerajaan Britain yang berideologi konservatif.
Akhirnya setelah bergelar Raja United Kingdom dan jajahan takluknya selama 11 bulan, Raja Edward VII melepaskan gelaran dan kedudukannya demi cinta. Oleh yang demikian, ayahanda Ratu Elizabeth II (Dikenali sebagai Puteri Elizabeth ketika itu) yang merupakan adinda baginda menaiki takhta dan dikenali sebagai Raja George VI.
Selepas turun takhta, baginda akhirnya mengikat tali pernikahan bersama Wallis Simpson namun ianya dilakukan di Perancis kerana gereja England menolak untuk mengahwinkan mereka. Perkahwinan itu tidak dihadiri kaum kerabat DiRaja Britain kerana dilarang oleh Raja George VI.
Selepas berkahwin pasangan ini banyak menghabiskan masa di antara Perancis, England dan Amerika Syarikat. Walaupun Raja Edward VII ada hadir ke majlis rasmi diraja, namun bondanya tidak pernah menerima kehadiran Wallis sebagai menantu.
Baginda akhirnya meninggal dunia pada 28 Mei 1972 di kediamannya di Paris, mayat baginda diterbangkan dari Perancis untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan DiRaja Britain.
Bagaimana pula dengan nasib Wallis?
Tidak diterima sebagai ahli keluarga DiRaja, dia juga tidak diberikan sebarang gelaran secara rasmi walaupun suaminya bergelar Yang Mulia. Dia hanya dikenali sebagai Duchess of Windsor kerana Raja Edward VI diberi gelaran Duke of Windsor.
Selepas kematian suaminya, beliau tinggal keseorangan dengan harta yang ditinggalkan suaminya serta wang sara diri dari keluarga diRaja Britain sehinggalah kematiannya pada 24 April 1986. Dia dikebumikan bersebelahan kubur suaminya dan pada kuburnya ditulis, Wallis, Duchess of Windsor.
Perkahwinan Wallis dan Raja Edward VII tidak dikurniakan cahaya mata. Namun jika Raja Eward VII tidak berkahwin dengan Wallis lalu berkahwin wanita yang diperkenan ibundanya, baginda masih kekal sebagai seorang Raja dan mungkin ada cahaya mata yang bakal mewarisi takhta. Sekaligus meletakkan Ratu Elizabeth II jauh dari mendapat gelaran seorang Ratu.
Cinta mengatasi segala-galanya.
Sehingga kini gelaran Duke & Duchess of Windsor tidak lagi digunakan lagi.
Kalau sudah namanya dilahirkan di bumi Malaysia, suka atau tidak kita pasti akan bergantung kepada juadah nasi putih. Makanan ruji yang tidak pernah lekang daripada pinggan.
Begitupun, kadangkala lidah ini teringin merasai sesuatu yang berlainan. Ada juga di kalangan korang yang enggan menyentuh nasi atas alasan berbeza seperti ingin berdiet dengan mengurangkan pengambilan kanji.
Jika korang tergolong di kalangan mereka yang ingin mencari pengganti kepada nasi, penulis ada jawapan terbaik dalam bentuk snek ubi kayu.
Perkenalkan, snek Family Bite Malaysia yang mengembalikan semula nostalgia snek semasa zaman kita masih kecil; namun dengan sedikit kelainan pada rasanya.
Family Bite hadir dalam lima perisa berbeza untuk memberi pilihan kepada citarasa masing-masing.
Ini termasuklah perisa original, Cheeeesy, Mala Lobster, Salted Egg dan Wasabi.
Sukar sebenarnya untuk menulis memilih hanya satu perisa kegemaran kerana masing-masiing mempunyai kelebihan tersendiri. Dah cuba satu, mesti nak cuba yang satu lagi!
Hehe.. memang sesuai sebagai snek di antara masa makan utama ataupun pada malam hari sebagai hidangan supper.
Rahsia di sebalik rasa sedap pada snek Family Bite ini adalah pemilihan bahan ubi kayu yang segar daripada ladang dan betapa ranggupnya apabila ia dikunyah.
Senang cerita, satu tube saja tak cukup. Memang kena beli beberapa tube sebagai stok tambahan tau.
Korang boleh mencuba sendiri snek yang telah disahkan Halal ini dengan mendapatkannya secara atas talian di laman web Family Bite sendiri. Ada pelbagai jenis pakej disediakan mengikut jumlah yang ingin dibeli.
Terima kasih sekali lagi kepada Family Bite kerana menjemput penulis untuk sama-sama berbuka puasa pada tempoh hari.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...