Hiburan

“Amalan Ibadah Kami Lakukan Juga Semakin Bertambah…” Shukri Yahaya Senang Dengan Perubahan Isteri

Share

Pelakon popular, Shukri Yahaya baru-baru ini mengakui perubahan positif isterinya, Tya Adnan telah memberikan satu suasana baru dalam rumah tangga.

Menurut Shukri atau nama sebenar, Mohd. Shukri Yahaya (36), perubahan Tya bukan hanya terletak pada imej malah wanita kesayangannya itu turut menggandakan amalan harian termasuk membaca Al-Quran.

“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas dia berniqab”

Kredit: Shukri Yahaya

“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja. Cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah. Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” katanya.

Pada masa yang sama, pelakon itu meluahkan rasa gembira dengan kebaikan yang dilakukan isterinya. Selain itu, beliau juga turut bersyukur dan mendoakan isterinya itu agar terus istiqamah.

“Tiada apa yang perlu dikatakan lagi mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat,” jelasnya ketika ditemu bual oleh salah satu portal berita tempatan lain.

Kredit: Shukri Yahaya
Kredit: Shukri Yahaya

“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya lagi.

Sekadar info, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan (32) meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu. Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena (8) dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 4 tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE