
Zaman sekarang ini memang banyak produk untuk kesihatan dan kecantikan namun jika kita amalkan bahan alami dan semulajadi lagi bagus. Untuk kekal sihat dan bertenaga perlu mengamalkan pemakanan herba selain mengamalkan pemakanan sihat.
Salah satunya minuman berasakan kunyit. Tentu ramai yang tahu khasiatnya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini.
Hari-hari bekerja, memasak mengemas, membasuh menjaga anak segalanya non stop 24jam kan.
Meh nak share AIRKUNYIT yang selalu saya amal dari zaman muda remaja
Berkhasiat untuk proses dalam kita
.
KUNYIT mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan kita. Jika diminum atau dimakan secara mentah, rasanya kurang enak. Jadi, bagi membolehkan ia diminum, kunyit perlu diadun bersama bahan-bahan lain bagi menghasilkan jamu kunyit.
Apa kata anda cuba jamu ini untuk melihat sendiri keberkesanannya
.
🌹BAHAN-BAHAN
1 Biji manjakani
3 inci halia
3 inci kunyit
1 Sudu asam jawa
1 Sudu Gula melaka
🌹CARA-CARA
1) Tumbuk manjakani, halia dan kunyit hingga lumat
2) Rebus bahan tumbuk dengan 2 gelas air.
3) Setelah mendidih masukkan asam jawa dan rebus lagi hingga mendidih.
4) Masukkan gula melaka dan kacau
5) kecilkan api dan biarkan hingga air menjadi sedikit.
6) Tutup api. Sejukkan dan kemudian tapis tuang ke dalam cawan.
Ok, Selamat Mencuba
Sumber : eradiah jasmi
Rangkul Gelaran Mrs Petite Global Malaysia 2023, Mel Vianna Mahu Bantu Anak Muda Sarawak Akses Pendidikan

Mel Vianna Lai telah dinobatkan sebagai Mrs Petite Global Malaysia 2023 selepas menewaskan sembilan finalis lain dari seluruh Malaysia semasa majlis penutup yang diadakan di Platform Seni Persembahan, Menara TTDI Kuala Lumpur baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Anntonia Porsild Juara Baharu Miss Universe Thailand, Veena Praveenar Kecundang
Gadis Iban berusia 39 tahun dari Bintulu itu membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hadiah lain.
“Dengan memenangi gelaran ini, saya berpeluang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, Mrs Petite Global, pada Januari tahun depan.
“Saya berharap dapat membanggakan Malaysia dan meneruskan tradisi kemenangan berturut-turut untuk Malaysia sejak pemenang tahun lepas Joyce Nyupeh, juga berasal dari negara tercinta,” kata Mel.
Ahli perniagaan wanita itu, yang mengaku sebagai “seorang yang sangat pemalu”, berkata pertandingan itu adalah platform yang baik untuk wanita yang sudah berkahwin sepertinya keluar dari zon selesa mereka.
“Banyak yang saya pelajari melalui perjalanan itu, terutamanya pengucapan awam, kemahiran komunikasi, cara catwalk, dan juga cara menjadi ratu cantik,” katanya.
Kejayaan Mel bukan sahaja menandakan pencapaian peribadinya tetapi juga komitmennya untuk memberi kembali kepada masyarakat.
“Saya ingin membantu kanak-kanak kurang berkemampuan yang tidak mendapat akses pendidikan yang sewajarnya, khususnya di Sarawak. Pendidikan adalah jalan terbaik keluar daripada kemiskinan sebahagiannya kerana ia berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah masyarakat,” tambahnya.
Mel juga memenangi gelaran Darling of the Crowd, Anugerah Popular, Gaun Malam Terbaik dan Anugerah Media Sosial.
Mengambil tempat naib juara pertama ialah Zulaikha Safuan, seorang jurutera telekomunikasi gentian optik berusia 34 tahun dari Johor Bahru.
Keysha Kumar, seorang eksekutif pemerolehan berusia 32 tahun dari Kuala Lumpur, mendapat tempat ketiga dan turut memenangi Congeniality Award.
Mrs Petite Global, yang telah memasuki edisi kedua, telah ditubuhkan di Malaysia pada 2021 oleh pengasas Tiara Management, Nickson Sim.
Ia bertujuan untuk menggalakkan pemerkasaan wanita melalui situasi sosial yang berbeza dan mentakrifkan semula konsep kecantikan dengan membuka pintu untuk wanita berbadan kecil yang sudah berkahwin, bahawa mereka juga berkebolehan, bijak dan mampu ke hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: The Borneo Post
‘Beauty Secrets’ Terbongkar, Sharifah Rose & Yazmin Aziz Dedah Mengapa Setia Guna Produk Kiehl’s

Jenama penjagaan kulit wajah dan rambut, Kiehl’s bukan lagi satu nama baharu dalam pasaran Malaysia. Bagaimanapun, Kiehl’s tidak hanya duduk selesa dengan populariti jenama tersebut di sini.
Sebaliknya ia ingin menawarkan lebih banyak lagi perkara baharu agar pengguna setia mereka boleh menikmati layanan menarik daripada Kiehl’s.
Justeru, REMAJA dan beberapa pengguna Kiehl’s dalam kalangan selebriti tempatan seperti pelakon, Sharifah Rose dan penyanyi, Yazmin Aziz merasakan keterujaan apabila Kiehl’s melancarkan Store of Tomorrow pertama jenama itu di Malaysia, baru-baru ini.
Bertempat di pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Store of Tomorrow memberikan pengalaman berlainan dengan rangkaian produk yang bersesuaian untuk keperluan penggunanya yang berbeza.
REMAJA menemui Sharifah Rose untuk mengetahui apakah yang membuatkannya terus menjadi pengguna tegar Kiehl’s selama ini.
“Produk kegemaran saya daripada Kiehl’s ialah Retinol Skin-Renewing Daily Microdose Serum. Produk ini amat membantu saya sekiranya kulit dilanda isu jerawat dan kulit terbakar (sunburn) agar kulit saya akan segera pulih,” kongsi Rose.
Menariknya, Yazmin Aziz juga menggemari produk Kiehl’s yang sama!
“Sebagai selebriti, korang pun tahu amat penting untuk kami dirias dengan solekan pada setiap hari. Hakikatnya, rutin tersebut akan mengganggu gugat kesejahteraan kulit wajah. Oleh itu, Retinol Skin-Renewing Daily Microdose Serum akan membantu saya untuk proses skin recovery dari semasa ke semasa,” ujar Yazmin.
Sementara itu, Sharifah Rose juga menyukai beberapa sudut menarik di dalam Store of Tomorrow oleh Kiehl’s.
Antaranya seperti sudut Skincare Academy untuk korang mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai produk yang sesuai dengan kondisi kulit masing-masing, sudut Scan Machine di mana korang boleh mengetahui isu kulit wajah yang perlu korang atasi dengan penggunaan produk terbaik daripada Kiehl’s.
Di sini juga adalah satu-satunya butik Kiehl’s di Malaysia yang menawarkan pakej urutan wajah di bahagian Treat Your Skin parlor pada harga yang amat berbaloi. Ini agar korang boleh merasai sendiri keberkesanan produk-produk Kiehl’s ini menerusi rawatan staf di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Masalah Kulit Kering Lagi, Ini 11 Moisturizer Terbaik Korang Kena Try! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kenapa Orang Perempuan Rasa “Macam Gemuk” Time Nak Period? Doktor Jelaskan Sebabnya

Admin memang perasan hal ini iaitu terasa tubuh “gemuk” ketika nak datang haid. Tubuh terasa bengkak sedikit tapi kemudian susut kembali.
Kalau korang ada perasan yang sama, baca perkongsian ditulis oleh Dr Khairul Faizie yang menerangkan kenapa tubuh menjadi “gemuk” sekejap sebelum kembali normal semasa nak datang haid.
Baca perkongsiannya.
Itu luahan patient aku minggu lepas. Dia datang sebab senggugut, dan mengadu badan ‘macam gemuk’ bila period.
Jawapannya: Bukan macam, memang gemuk pun. Haha. Tapi jangan risau, gemuk sikit, bukan banyak.
Dan gemuknya boleh dibuang cepat, sebab yang menyumbang kepada gemuk (tambah berat badan) masa period ialah pengumpulan air dalam badan ( water retention).
Bila dah nak dekat period, hormon estrogen akan memuncak naik. Kesan kenaikan estrogen inilah yang menyebabkan body wanita kumpul air dan menyebabkan rasa bloated.
Kesan estrogen ni akan hilang sebaik sahaja anda period. Level estrogen akan turun dan water retention berkurangan.
Air yang berkumpul tu akan berkumpul di breast, kawasan sekitar abdomen dan hujung-hujung kaki / tangan. So ini yang buat anda rasa gemuk. Tapi memang bertambah berat pun, berat air.
Saintis kata as much as 5 pounds pun boleh.

Tapi awas, kesan ‘rasa gemuk’ yang mudah hilang (sebab ia hanya water weight), boleh jadi kekal / susah dihilangkan ( extra berat), jika anda ‘melayani craving anda masa period’.
Memang masa period wanita akan ada craving. Ini disebabkan hormon progesterone yang meningkat sebelum period tiba. Hormon progesterone merangsang selera.
Dan seperti yang disebut, bila anda mula je period, level hormon estrogen akan mula menurun. Estrogen ni dia pula control rembesan hormon serotonin. So bila level estrogen low, serotonin pun, low.
Low serotonin merangsang craving kepada makanan bergula (carbohydrate). Sebab secara fitrahnya, carbohydrate diperlukan oleh badan untuk menghasilkan serotonin.
Perubahan hormon ni yang menyebabkan anda craving nak makan high carb (sugary ) foods macam coklat, ice cream. Jika diamalkan setiap kali period, maka jangan terperanjat la memang betul-betul jadi gemuk…Haha.
So, cara yang disaran untuk atasi craving high carb foods ini ialah banyakkan minum PLAIN water, ambik lean protein. Memang akan jadi malas / rasa malas nak bersenam bila period, tetapi bersenam at least sedikit masa period membantu buang water retention ( menerusi peluh) dan hormon endorphin yang keluar masa bersenam tu, membantu mengurangkan rasa cramp /period pain.

Kesimpulannya:
– Wanita ini unik. Di beri keistimewaan boleh ada alasan berat badan bertambah, tak macam lelaki…Hahaha.
– Berat naik sebab period.
– Berat naik sebab pregnant.
– Berat naik lepas bersalin.
– Berat naik menyusukan anak.
– Berat naik takde masa nak bersenam sibuk uruskan rumahtangga.
– Berat naik sebab stress masalah kerja / boyfriend so makan untuk hilang stress.
Pendek kata: Wanita sentiasa menang & ada alasan untuk justify perubahan mereka. Hahaha.
Lelaki jadi gemuk takleh salahkan hormon. Lelaki boncit teruk sebab kuat minum alkohol. Lelaki gemuk berat badan naik sebab stamina makin hilang kuat hisap rokok lepak mamak. So ada nampak faktor hormon? Takda! Habit kuat minum alkohol, merokok & lepak mamak ( makan makan makan) tu yang bersalah.