
Aksesori dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Daripada barang kemas, jam tangan dan rantai leher, semuanya menjadi keutamaan buat mereka yang pentingkan gaya.
Kalau diberi pilihan untuk memilih hadiah istimewa, sudah pasti aksesori tersebut menjadi antara koleksi impian mereka.
Berita baik untuk pecinta barangan kemas dan aksesori TOUS, iaitu satu jenama aksesori dari Sepanyol, terkemuka dalam sektor mewah mampu milik telah membuka butik flagship berkonsep baharu di Suria KLCC yang di rasmikan oleh Dato’ Sri Meer Habib.
Butik ini akan membolehkan pelanggan yang datang untuk melihat lebih banyak koleksi di beberapa bahagian termasuk bahagian ‘Heritage’ yang menonjolkan barangan kemas emas 18 karat, berlian dan batu permata asli. TOUS Suria KLCC ini juga merupakan butik tunggal flagship di seluruh Asia yang menawarkan koleksi eksklusif Vita yang dipamerkan di bahagian Heritage.
Seleksi Aksesori TOUS yang memukau hati
Selain barangan kemas, korang juga boleh melihat koleksi baharu barangan kemas, beg tangan, selendang, kaca mata gelap dan wangian di butik TOUS berdekatan. Selain KLCC, TOUS juga boleh didapati di Pavilion, IOI City Mall dan Sunway Pyramid.
So, rambang mata tak?sebenarnya banyak lagi koleksi lain yang cantik- cantik. Korang boleh la cuci mata di www.tous.com
Mr President Is Back! Lihat 4 Moral Di Sebalik Lagu ‘KUASA’ Joe Flizzow

Isi Kandungan
Toggle
Yes Joe Flizzow is BACK with a packet of gold!
Single KUASA yang dihasilkan oleh ALYPH manakala liriknya ditulis oleh Joe bersama ALYPH ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat Joe.
Selain daripada melancarkan video muzik ONZ, penulis juga sebenarnya tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan dalam lirik yang ditulis oleh gabungan duo ini. Dan mengapa judul yang diberi adalah kuasa?
Jom lihat 4 moral yang pada hemat kami amat penting dan membawakan pengajaran utama dalam Kuasa.
This is not your average-joe music video.
01
Hanya dengan bayangan saja
Kita kurang gunakan akal
Cita-cita nak ke hujung dunia
Hanya nak mencari kuasa
Seawal lirik pertama lagu Kuasa ini lagi, Azlan telahpun menangkap perhatian kami dengan bait-bait lirik yang bercakap tentang realiti dunia ini.
Ramai orang yang kini bercakap dan bertindak tanpa menggunakan akal. Contoh terbaik dapat dilihat pada beberapa pemimpin negara yang berkuasa di Barat. Hanya demi memegang tampuk kepimpinan, segala logik akal ditolak ke tepi atas nama untuk merealisasikan bayangan masing-masing.
Padahal perkara yang dibayangkan itu hanyalah agenda peribadi masing-masing.
02
Pulangkan dakwat dan pena
Tulis dan ukir sejarah benar jangan kau berhenti memahat
Bak kata orang, sejarah tidak pernah menipu dan mungkin sekali boleh berulang.
Jadi daripada kita perlu bergantung harap kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan, mengapa tidak kita membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Be independent!
Sekiranya harimau mati meninggalkan belang, kalian pula bagaimana? Apakah sumbangan dan kejayaan yang boleh korang tinggalkan untuk kebaikan sejagat?
03
Kalau ku bebas kenapa masih memburuh
Kesenangan, kekeyangan ratah bunga kewangan
Pada pandangan penulis, bait verse ini punya kaitan dengan situasi dunia sekarang yang dimonopoli oleh pemikiran kapitalis. Sehebat mana impian kita untuk menjadi kaya-raya, kita akan masih akan berdepan dengan dilema membayar hutang tertunggak. Itu belum masuk bunga lagi tu.
Yes, cash is king dan ia boleh di-translate sebagai mempunyai kuasa. Siapa yang berkuasa kan selalunya berduit, begitu juga sebaliknya. Namun bila kita terlalu taksub dengan wang Ringgit sehingga tersasar arah kehidupan, itulah masa kita sebenarnya akan berdepan dengan masalah.
04
Dan bila kebenaran mencuci semua fitnah
Lengkaplah mukadimah
Dan bila yang ditindas akhirnya bertakhta
Mereka kan merasa kuasa
Dalam dunia yang penuh dengan ancaman khabar angin tidak betul yang mampu untuk meruntuhkan imej serta kredibiliti seseorang, sememangnya mudah untuk kita bergelar pemangsa dan mangsa.
Semudah satu klik saja di media sosial, orang di sekeliling terus memandang serong kepada kita; mangsa fitnah.
Akan tiba satu waktu di mana yang difitnah akan kembali menyampaikan kebenaran. The truth always prevails, hanya masa yang menjadi penentu.
*
Jadi, berapa rating yang ingin korang berikan kepada KUASA?
Bagi yang belum menontonnya, give it some love.
Pelakon Filem Popular Papa I Love You, Zalif Sidek Selamat Bergelar Bapa

Isteri tercinta kepada Pelakon dan pelawak, Zalif Sidek, Anis Marzuki, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Pahang, malam tadi.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon filem popular Papa I Love You itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Kongsi Zalif, dia memaklumkan bahawa isterinya telah melahirkan cahaya mata perempuan mereka pada jam 9.15 malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga
“Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, isteri saya @anismarzuki selamat bersalin 9.15 malam tadi… baby girl.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan buat kami. Tunggu gambar okey!” coretnya.
Menjengah ke hantaran lain, pelakon itu turut berkongsi foto sebahagian wajah puteri sulungnya itu dan menitipkan rasa syukur ke hadrat llahi atas kurniaan rezeki itu.
“Assalamualaikum dunia. Tiada kata-kata yang boleh diungkapkan dengan rasa syukur atas kelahiran anak pertama kami di dunia. Syukur alhamdulillah terima kasih Allah SWT.
“Semoga baby kami sentiasa sihat dan selalu dalam lindungan Tuhan,” tulisnya lagi.
Namun begitu, Zalif belum mendedahkan nama dan wajah bayi comelnya itu.
Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira dan menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan dua sejoli itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zalif Sidek
6 Fakta Choi Sung-eun, Kekasih Song Joong Ki Dalam Filem “My Name Is Loh Kiwan”

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tengah seronok layan drama “My Name is Loh Kiwan” ?
Filem yang diadaptasi daripada novel berjudul I Met Loh Kiwan ini mula ditayangkan pada 1 Mac lalu Di Netflix dan menerima pelbagai reaksi daripada penonton.
ARTIKEL BERKAITAN : Semakin Popular Menerusi Siri Netflix Alice In Borderland, Ini Fakta Tentang Pelakon Kento Yamazaki
Memainkan watak utama wanita dalam siri Netflix tersebut, pasti ada sesetengah penonton yang tertanya-tanya soal pelakon wanita yang memegang watak sebagai Marie dalam “My Name is Loh Kiwan” ini.
Mari kita kenali dengan dekat pelakon muda berbakat yang mempunyai potensi besar ini.
Mulakan Kerjaya Pada 2018
Dilahirkan pada tahun 1996, pelakon Choi Sung-eun telah memulakan kerjaya lakonannya pada 2018 di bawah agensi Ace Factory. Sebelum ini, dia bersekolah di Sekolah Tinggi Seni Kaywon di bawah Jabatan Teater dan Filem, sebelum diterima masuk di Jabatan Pemangkuan Universiti Seni Kebangsaan Korea pada 2015.
Berbakat dalam Berbagai Genre
Pelakon yang hobinya melukis dan bermain gitar ini telah menunjukkan kebolehannya dalam pelbagai genre, daripada drama, thriller, hingga fantasi. Kebolehannya menyesuaikan diri dengan pelbagai watak menjadikan dia seorang pelakon yang dinanti-nantikan untuk memegang watak pada masa hadapan.
Lulusan Universiti Kebangsaan Seoul
Choi Sung-eun bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat tetapi juga bijak. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Seoul, salah satu universiti paling berprestij di Korea Selatan, dalam jurusan Teater dan Filem.
Muncul Dalam Naskhah Hebat
Untuk pengetahuan, Choi Sung-eun juga pernah muncul dalam beberapa naskhah lain seperti “Start Up” iaitu filem debutnya, “Beyond Evil”, “Ten Months” dan “The Dog Days”. Namun, dia kali pertama memegang watak utama dalam “The Sound of Magic”, yang turut dibintangi Ji Chang-wook dan Hwang In-yeop.
Anugerah Pelakon Baharu Terbaik
Selain itu, dia juga berjaya memperoleh anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Festival Filem Chunsa 2020 melalui penampilannya dalam filem “Start Up”. Wataknya dalam siri terkenal seperti “Beyond Evil” dan “SF8”, telah berjaya membuatkannya tercalon untuk Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang yang berprestij pada 2021 dan 2022.
Selepas penampilannya dalam pelbagai naskhah, Choi Sung-eun telah berjaya meraih perhatian netizen dek bakat lakonannya yang cemerlang, serta visualnya yang mirip artis Korea lain seperti Han Hyo-joo, Lee Yeon-hee dan Sulli.
Choi Sung-eun Bergandingan Bersama Song Joong-ki
Dalam naskhah ini, Choi Sung-eun memegang watak sebagai Marie, seorang wanita Korea warganegara Belgium. Tidak seperti Loh Ki-wan yang datang ke Belgium untuk hidup, Marie, yang hilang keinginan untuk hidup, secara tidak sengaja jatuh cinta dengan lelaki itu selepas pertemuan pertama dengannya.
Filem My Name is Loh Kiwan ini adalah sebuah naskah menyentuh hati tentang cinta, persahabatan dan perjuangan untuk mencari kebahagiaan di tengah-tengah ketidakpastian. Filem ini juga membangkitkan isu penting seperti perkauman, xenofobia dan trauma masa lalu.
Filem arahan Kim Hee-jin ini mengisahkan mengenai perjuangan pelarian dari Korea Utara, Loh Kiwan yang lari ke Belgium untuk mendapatkan perlindungan dan memulakan kehidupan baharu.
BACA LAGI : Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.