AMARAN: Koleksi Aksesori TOUS Ini Akan Buat Korang Jerit “NAKKKK!”

Share

Aksesori dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Daripada barang kemas, jam tangan dan rantai leher, semuanya menjadi keutamaan buat mereka yang pentingkan gaya.

Kalau diberi pilihan untuk memilih hadiah istimewa, sudah pasti aksesori tersebut menjadi antara koleksi impian mereka.

Berita baik untuk pecinta barangan kemas dan aksesori TOUS, iaitu satu jenama aksesori dari Sepanyol, terkemuka dalam sektor mewah mampu milik telah membuka butik flagship berkonsep baharu di Suria KLCC yang di rasmikan oleh Dato’ Sri Meer Habib.

Butik ini akan membolehkan pelanggan yang datang untuk melihat lebih banyak koleksi di beberapa bahagian termasuk bahagian ‘Heritage’ yang menonjolkan barangan kemas emas 18 karat, berlian dan batu permata asli. TOUS Suria KLCC ini juga merupakan butik tunggal flagship di seluruh Asia yang menawarkan koleksi eksklusif Vita yang dipamerkan di bahagian Heritage.

Seleksi Aksesori TOUS yang memukau hati

Selain barangan kemas, korang juga boleh melihat koleksi baharu barangan kemas, beg tangan, selendang, kaca mata gelap dan wangian di butik TOUS berdekatan. Selain KLCC, TOUS juga boleh didapati di Pavilion, IOI City Mall dan Sunway Pyramid.

So, rambang mata tak?sebenarnya banyak lagi koleksi lain yang cantik- cantik. Korang boleh la cuci mata di www.tous.com

Published by
Nana