Lain hari, lain pula cerita yang timbul mengenai bekas pasangan suami isteri popular, Johnny Depp dan Amber Heard.
Terbaru, pelakon Pirates of the Caribbean itu telah menubuhkan akaun rasmi TikToknya pada minggu ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Johnny Depp Buka TikTok Buka Akaun TikTok, Raih 8 Juta Pengikut Dalam Sehari
Dengan sejumlah 10.2 juta peminat telahpun mengikutinya di platform TikTok tersebut, ia merupakan satu ‘testament’ betapa berpengaruhnya Johnny dengan sokongan orang ramai terhadap kes saman fitnah melibatkannya dan bekas isteri, Amber.
Menerusi hantaran video TikTok pertamanya, Johnny berterima kasih kepada peminatnya atas sokongan mereka terhadapnya walaupun berdepan pebagai rintangan dalam kehidupan peribadinya. Dia turut menyentuh mengenai misinya untuk ‘bergerak ke hadapan’, meninggalkan episod penceraian tersebut sebagai kisah silamnya dan ingin memiliki masa depan yang lebih positif selepas ini.
Begitupun, Amber nampaknya tidak mudah membiarkan Johnny terlepas begitu sahaja dan bergerak keseorangan ke hadapan.
Menerusi kenyataan daripada pihak Amber kepada People, dia telah memberi respon terhadap kenyataan Johnny di TikTok itu.
“Pada ketika Johnny Depp berkata dia sedang ‘bergerak ke hadapan’, hak asasi wanita sedang bergerak ke belakang.
‘Keputusan (juri) memberikan mesej kepada mangsa penderaan domestik iaitu … jadilah takut untuk berdiri dan pertahankan diri,” catatnya.
BACA LAGI : 4 Fakta Kemenangan Johnny Depp Ke Atas Amber Heard
Pada minggu lalu, Amber tidak terlepas daripada meluahkan rasa sedihnya mengenai masa depan wanita yang berdepan situasi yang sama sepertinya.
“Saya kecewa setelah pelbagai bahan bukti masih tidak cukup untuk menandingi kuasa dan pengaruh bekas suami saya.
“Keputusan ini adalah satu langkah ke belakang bertentangan dengan peredaran zaman di mana insan yang mempertahankan diri mereka boleh dimalukan secara terbuka,” katanya lagi sambil merasakan kebebasan bersuara kini semakin rapuh.
Walaupun Amber Heard langsung tidak tergugat dengan sokongan yang diterima Johnny Depp dan meneruskan ‘perang respon balas’ ke atas bekas suaminya itu, lain pula pandangan pihak produksi di Hollywood. Khabarnya, DC Films telah mengambil keputusan untuk memadamkan segala babak melibatkan Amber sebagai Hera dalam filem blockbuster, Aquaman 2.
ARTIKEL BERKAITAN : Warner Bros Dilapor Potong Semua Babak Amber Heard Dalam Aquaman 2
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=aY99IasZDjI