Fesyen

Ambil Inspirasi Rama-Rama Rajah Brooke Sebagai Kostum Nasional, Miss Global Malaysia 2023 Tampil Unik

Share

Stunning! Itu ungkapan yang pertama bermain diminda apabila menyaksikan penampilan wakil Malaysia, Taanusiya Chetty ketika beraksi dalam segmen kostum nasional di pertandingan Miss Global 2023.

Jika sebelum ini kebanyakan ratu cantik Malaysia memilih untuk menampilkan kostum yang memaparkan sisi budaya tradisional, namun sebaliknya bagi gadis tinggi lampai ini.

Diberi nama The Queen of Entopia, kostum nasional rekaan Fyza Alexandra itu menampilkan rekaan bertatah penuh manik berkilau lengkap dengan sayap rama-rama Rajah Brooke menghiasi busana itu.

Dalam satu hantaran di Instagram, Taanusiya ada menerangkan makna disebalik kostum nasionalnya itu.

“Kesedaran terhadap budaya membolehkan kita memahami pandangan dunia dan warisan kita. Oleh itu, saya telah memilih tema The Queen of Entopia untuk dipersembahkan kepada Global. Entopia terletak di negeri Pulau Pinang.

“Salah satu spesies yang boleh ditemui di Entopia dikenali sebagai Rajah Brooke’s Birdwing (RBB). Ia adalah rama-rama kebangsaan Malaysia, ditemui di hutan hujan Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak,” kongsinya.

BACA JUGA: Taanusiya Chetty, Gadis Cantik Membawa Nama Malaysia Ke Pentas Dunia

Menurut Taanusiya lagi, Rama-rama Rajah Brooke bukan sekadar rama-rama namun memiliki perlambangan yang jals mewakili sebuah kehidupan manusia.

“Saya memilih Ratu Entopia untuk memahami dan menyerlahkan budaya saya kerana rama-rama melambangkan kebebasan, keindahan duniawi, cinta dan jiwa manusia.” Tambahnya lagi.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Entopia merupakan salah sebuah ladang rama-rama terbesar di Malaysia dengan menampilkan lebih 15’000 rama-rama serta 200 spesis tumbuh-tumbuhan.

Finale Miss Global 2023 bakal diadakan pada Khamis, 18 Januari 2024 jam 9 malam (waktu  Malaysia) dan disiarkan secara langsung di saluran YouTube pertandingan berkenaan.

Sumber & Kredit foto: Instagram Taanusiya Chetty/ Auris Faqrurazzi

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen