
Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau dan suaminya, Rizky Febian akan mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya bagi mengelakkan tekanan pada masa akan datang.
Menurut Mahalini atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja (25), ia adalah salah satu perkara yang sudah lama dirancang olehnya dan pasangan selebriti Indonesia itu membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu tertekan dengan komen dan kritikan pengguna media sosial.
“Doakan saya (selamat sehingga melahirkan anak). Tapi saya tidak mahu mendedahkan wajah anak kerana mahu menghindari komen dan kritikan orang”
BACA: Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Kali Kedua Akhirnya Sah
BACA: Mahalini Bakal Peluk Islam Sebelum Majlis Perkahwinan
“Saya akan tertekan nanti kerana kita pun tahu mental seorang ibu baharu berbeza. Saya harap semua pihak mengerti dan tidak akan mendedahkan wajah anak saya dalam konten masing-masing,” katanya.
“Biar saya dan Rizky benar-benar siap, kami sendiri akan dedahkan wajah anak kami,” ujar Mahalini lagi.
Mahalini kini diketahui sedang hamil tujuh (7) bulan selepas selamat diijab kabul dengan Rizky Febian pada tahun lalu.
BACA: Pernikahan Rizky Febian, Mahalini Tidak Sah Selepas 6 Bulan Bersama
BACA: Mahalini Sah Milik Rizky Febian, Sedondon Berbusana Ikut Adat Sunda -“Alhamdulillah, Sah!”
Pelantun lagu ‘Mati-Matian’ dan ‘Sial’ itu juga difahamkan sedang menghitung hari untuk bergelar ibu dengan menimang cahaya mata sulung serta telah banyak persiapan yang dilakukan.
Pada masa yang sama, Mahalini juga dilaporkan sudah tidak melakukan persembahan pentas, sebaliknya beliau dan Rizky sibuk membuat persiapan menyambut anak mereka yang bakal lahir beberapa bulan lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.