Ambil Masa 15 Minit Bagi Signal Penuh, Dietitian Kongsi Keadaan Perut Ketika Makan

Share

Ramai di kalangan individu berbadan besar memilih pembedahan bariatik iaitu pembedahan mengecilkan usus. Biasanya pembedahan ini berjaya membuatkan badan gempal berubah menjadi kurus kerana selera makan sudah berkurangan.

Namun kali ini bukan isu potong usus yang penulis ini ketengahkan tapi tentang betapa besar perut boleh mengembang bila kita makan.

Baca perkongsian dari page dietitian Fizah di laman Facebook tentang info yang ramai yang tak tahu mengenai usus perut manusia ketika makan.

Tengok betapa besar perut anda boleh mengembang
boleh muat hampir 1kg makanan sekali makan
Perut ambil masa at least 15minute selepas mula makan untuk bagi signal sudah penuh.

Kajian menunjukkan individu overweight atau obese atau berlebihan berat badan akan makan cepat dan banyak dalam tempoh 15min itu
sementara yang kurus atau amalkan mindful eating akan makan lebih sikit dalam 15min.

Cuba try mindful eating..makan perlahan, kunyah banyak kali and enjoy your food. kunyak 40kali sunnah kan?

Untuk info semua, kesihatan usus dan kesihatan seluruh tubuh adalah sangat berkait rapat. Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap lelaki China, dan mereka mendapati:

Mereka yang mengunyah makanan dengan lebih lama (dalam kajian ini 40 kali) berbanding yang mengunyah makanan 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% kurang) untuk makanan yang sama. Maknanya di sini, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya!

Jadi sesiapa yang taknak gemuk, kunyahlah makanan betul-betul ya.

Sumber : Dietitian Fizah

Published by
Nana