Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Biar menghantar penyertaan di saat akhir iaitu pada hari penyertaan ditutup, 16 September lalu, tuah menyebelahi Nur Isma Faqihah binti Mohd Zulkifli, 17 tahun apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan menulis esei Saya#remajaMalaysia.

Dipilih sebagai pemenang utama bagi kategori sekolah menengah dari lebih 500 penyertaan yang diterima, peraduan menulis esei anjuran Majalah Remaja dengan Kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia menyaksikan pelajar tingkatan lima ini membawa pulang hadiah wang tunai RM800, satu mesin pencetak foto Canon Selphy Square QX bernilai RM600, set penjagaan muka Innesfree bernilai RM800, set penjagaan badan Summerie dan Good Virtues & Co bernilai RM200 serta bahan bacaan sumbangan Dewan Bahasa & Pustaka.

Dalam satu majlis penyampaian hadiah bertempat di Dewan Bahasa & Pustaka sebentar tadi, Nur Isma yang bersekolah di SMK Cha’ah, Johor datang ditemani kedua ibu bapanya memaklumkan, dia menghantar penyertaan di saat di akhir.

Ambil Masa Hanya Sejam, Pelajar Tingkatan 5 Dinobat Juara Menulis Esei Saya #remajaMalaysia

Ambil Masa Hanya Sejam, Pelajar Tingkatan 5 Dinobat Juara Menulis Esei Saya #remajaMalaysia

Ads

Diaju bagaimana perasaan selepas terpilih, Nur Isma jelas mengakui berasa berdebar kerana jarang berdiri di khalayak ramai.

“Jujurnya bila melihat lima calon di peringkat akhir ini yang mana empat darinya datang dari sekolah berasrama penuh, saya sangkakan akan dapat tempat terakhir.

“Sekolah saya hanya di pekan kecil, sekolah harian saja tapi semua ini atas rezeki dari Allah taala,” katanya mengakui mula menulis pada jam 10 malam dan berakhir sejam kemudian.

Berkongsi lagi, Nur Isma yang sempat menduduki kertas ujian percubaan SPM kertas Matematik Tambahan sebelum bergegas ke KL sebelah petang berkata, selepas menghantar esei berkenaan pada malam itu, hatinya berasa sedikit was-was.

Ads

“Esok paginya, pagi-pagi saya tanya kepada rakan yang menulis bagi peringkat universiti. Saya tanya dirinya kalau hantar ada dapat apa-apa pemberitahuan tak? Dia maklumkan kepada saya, akan ada satu butang bertanda hijau. Terus teringat yang saya hantar tapi tak dapat butang tu, jadi saya baca semula esei itu dan tambah mana yang kurang. Alhamdulillah rezeki dapat pertama hari ini,” katanya yang menduduki aliran Sains di sekolahnya.

Ambil Masa Hanya Sejam, Pelajar Tingkatan 5 Dinobat Juara Menulis Esei Saya #remajaMalaysia

Ambil Masa Hanya Sejam, Pelajar Tingkatan 5 Dinobat Juara Menulis Esei Saya #remajaMalaysia

Bila sebut tentang kemerdekaan…

Menyentuh tentang sudut pandangnya mengenai peraduan menulis esei ini, Nur Isma menjelaskan, ia satu peraduan yang sangat baik untuk melihat rasa cinta remaja terhadap negara.

Ads

“Ditambah penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam pertandingan ini serta bagaimana kita menerangkan rasa cinta terhadap negara dari sudut sebagai seorang remaja, saya melihat ia satu suara hati anak muda terhadap negara dicintainya. Dengan 1000 petah perkataan, apa yang saya kongsikan adalah rasa kecintaan pada negara. Bagi saya, rasa jati diri itu perlu ada dalam diri semua orang di mana kita perlu ada rasa sayang kepada negara,"jelasnya.

Ambil Masa Hanya Sejam, Pelajar Tingkatan 5 Dinobat Juara Menulis Esei Saya #remajaMalaysia

Sudah ada tiga novel di Wattpad

Ada sesuatu agak menarik mengenai remaja ini. Pada usianya, Isma sudah menulis tiga buah novel dan kesemuanya boleh dibaca secara percuma di Wattpad.

Menggunakan nama Airine_zahara, Nur Isma menghasilkan novel berjudul Puteri Gunung Ledang, Laila & Majnun serta sebuah novel cinta mengisahkan seorang pemuda cina jatuh cinta dengan gadis Melayu.

“Dalam simpanan saya ada sembilan lagi novel yang kesemuanya sudah ada rangka dan tunggu masa untuk ditulis sahaja,” katanya yang pernah memenangi tempat pertama di Anugerah Wattys tahun lalu bagi kategori sejarah.

“Peraduan ini terbuka ke peringkat dunia. Saya menulis bagi kategori sejarah dan menggunakan bahasa dahulu kala. Tak sangka menang tempat pertama,” katanya yang gemar menulis sebagai gambaran ilhamnya. Ditebak wang kemenangan miliknya, jelas Nur Isma dia mahu menggunakan duit kemenangannya itu untuk membayar sendiri yuran PIBGnya serta mahu menyimpan untuk kegunaan masa depan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI