Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa tersebut sering kita jadikan sebagai penguat semangat jika sedang berusaha untuk mmelakukan sesuatu perkara.

Hal ini samalah seperti perkongsian daripada seorang pemuda kurang upaya atau OKU  dikenali sebagai Farid Aidil Mat Din, 28, yang gigih mencari rezeki walaupun bergelar insan kelainan upaya  dengan  menggunting rambut.

Cari rezeki gunting rambut

Menariknya, walaupun mengalami masalah pendengaran dan bisu, pemuda ini kreatif mengambil peluang mempelajari skill dan teknik menggunting rambut melalui media sosial YouTube sahaja.

Ambil Skill Dari Youtube, Pemuda OKU Buka Kedai Gunting Rambut

Ads

“Saya memang tidak pernah menghadiri apa-apa kursus menggunting rambut. Jadi saya cuba menggunakan YouTube sebagai rujukan dan Alhamdulillah, banyak pelanggan saya memberi respons positif.

“Pada mulanya, saya hanya cuba menggunting rambut kawan-kawan saya sehinggalah ke hari ini dan saya juga ada pelanggan tetap,” katanya ketika ditemui pada lawatan Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak, di rumahnya, baru-baru ini

Ads

Malah, perniagaan yang dijalankan sejak empat tahun lalu hanya mengenakan kadar bayaran serendah RM7.  Tidak pernah menganggap kekurangannya sebagai penghalang untuk meraih pendapatan sendiri, Farid Aidil sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga serta rakannya untuk berjaya dalam perniagaannya itu.

Menurut laporan, pemuda ini gigih mendapatkan enam pelanggan sehari yang terdiri daripada penduduk kampung dan juga anggota polis balai berhampiran.

Ads

Bangga lihat remaja yang tidak jadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk berjaya. Moga pemuda ini akan terus success dia masa akan datang!

Sumber : Bernama 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI