Pelakon muda kontroversi, Bella Thorne telahpun mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Benjamin Masolo.
Selebriti berusia 23 tahun itu telah mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram-nya dengan menunjukkan cincin berpotongan pear itu yang cukup besar berserta caption berbunyi “YES”.
Setelah hampir dua tahun bersama, pasangan tersebut telah mengambil langkah untuk ke fasa seterusnya.
TBH, jika kami dirisik dengan cincin berlian sebesar ini pun, mungkin sekali kami akan terus mengatakan YES! Hehe..
Menerusi hantaran di Instagram Story Bella, dia telah memuat naik foto cincin yang dianggarkan bernilai $USD65,000 atau kira-kira RM268,00 (mengikut perkiraan pakar barangan kemas).
Batu berlian utama di bahagian tengah itu dikelilingi dengan batu berlian kecil di sekeliling manakala cincin itu sendiri diperbuat daripada emas putih.
“He knows exactly my style (Dia betul-betul mengetahui stail kegemaran saya),” catat Bella.
Bukan calang-calang lelaki yang mampu membelikan cincin pertunangan semewah ini. Justeru, kami tertanya-tanya siapakah gerangan insan bernama Benjamin ini.
Well, lelaki berusia 27 tahun berasal dari Modena, Itali dan pernah melanjutkan pelajaran di Roslyn College yang terletak di Tasmania, Australia. Pasangan ini bertemu semasa berkunjung ke festival muzik Coachella pada tahun 2019 dan sejak itu, mereka sedari telah bertemu pasangan yang perfect untuk diri masing-masing.
Baru-baru ini, Ben telah berulang-alik di antara Itali dan California demi berjumpa Bella. Namun sepanjang musim kuarantin, dia dan Bella terpaksa berpisah selama 5 bulan sebelum kembali bersatu pada bulan Julai, tahun lalu.
Ben sebenarnya merupakan seorang penyanyi Itali dan Bella sendiri sebenarnya pernah ditampilkan dalam klip video lagunya yang bertajuk ‘Finche Le Stelle Non Brillano’.
Dan tak lama lagi, Bella dan Ben bakal disatukan dalam sebuah filem pula berjudul Time Is Up.
Biarpun Ben bukanlah seorang pelakon dan dia sendiri tidak begitu pasti sama ada untuk menerima tawaran tersebut ataupun tidak, Bella berjaya menyakinkan teman lelakinya (kini tunangnya) itu untuk mencuba projek ini.
Comel je pasangan selebriti baharu ini.
Mereka ibarat dapat memahami dan menerima diri masing-masing.
Bak kata orang, in every imperfection, there is a beauty to be found
. Gitu..Untuk pengetahuan beberapa bulan lalu, penyanyi Ariana Grande juga pernah mencuri tumpuan dengan cincin berlian yang diterima semasa bertunang.
ARTIKEL BERKAITAN : Unik Betul Rekaan Cincin Tunang Ariana Grande, Sumber Dalaman Dedah Konsep & Nilainya! – REMAJA