Baru saja Snapchat memperkenalkan filter terbaru di aplikasi mereka, personaliti popular Instagram Malaysia tak menunggu lama untuk jump on the bandwagon dan mencubanya!
Filter yang dinamakan ‘Gender Swap’ ini membolehkan korang melihat diri masing-masing sekiranya berubah jantina.
Untuk lelaki, ‘Gender Swap’ akan menghilangkan segala kumis dan jambang pada wajah, melicinkan kulit, membiarkan rambut kelihatan panjang (lihat transformasi Harris Annuar di bawah) dan wajah kamu akan memakai sedikit solekan.
Bagi perempuan pun ada, tetapi ia membolehkan korang ‘membela’ jambang sejemput, mempunyai kening yang cukup on-point dan kulit wajah akan berubah lebih gelap.
Jom tengok siapa yang paling cantik di kalangan Instafamous lelaki ini. Pergh, terpikat!
Berita baik buat pengguna WhatsaApp, aplikasi itu dikatakan sedang menguji kebolehan untuk individu meninggalkan WhatsApp Groups tanpa meninggalkan notifikasi.
Sebelum ini, WhatsApp banyak memperkenalkan ciri-ciri yang menfokuskan pada WhatsApp Group, antaranya termasuklah sokongan sehingga 512 orang dalam satu grup, selain dibenarkan untuk mempunyai lebih banyak admin.
Terbaharu, menurut WABetaInfo, ciri untuk keluar daripada grup WhatsApp secara diam-diam kini telah mula dibangunkan dan diuji pada WhatsApp Dekstop serta khabarnya akan hadir ke versi Beta di Android dan iOS pada masa hadapan.
Menerusi ciri baharu ini, hanya admin grup akan mengetahui apabila ahlinya keluar meninggalkan WhatsApp Group berkenaan. Ini bermaksud ahli yang lain tidak akan mengetahui jika korang keluar daripada WhatsApp Group tersebut.
Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp antara yang popular dijadikan sebagai medium komunikasi peribadi mahu pun urusan di tempat kerja. Penggunaan grup WhatsApp dilihat sangat membantu memudahkan komunikasi secara berkumpulan kerana mesej dapat disampaikan secara menyeluruh.
Namun, kadangkala ada juga grup-grup yang sebenarnya kita tidak ingin untuk menyertainya tetapi terpaksa, dan tidak dinafikan ciri baharu yang akan diperkenalkan nanti dapat membantu mengurangkan perasaan bersalah dengan ahli grup yang lain sekiranya korang ingin keluar daripada WhatsApp group tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik untuk korang yang malas sangat nak menaip text di handphone, ada cara lain yang boleh digunakan untuk memberi pesanan kepada rakan melalui aplikasi whatsapp.
Memang senang gila. Khas untuk pengguna iPhone, boleh ikut saja step yang kami nak kongsi kan ini.
1. Pilih general
2. Kemudian, pilih keyboard
3. Seterusnya, enable dictation
4. Aplikasi whatsapp
Pilih simbol microphone di bahagian bawah
Mudah saja kan? Oh ya, pastikan handphone korang kepada bahasa yang ingin digunakan. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siri baru yang menarik ini menampilkan empat peranti yang lebih meningkatkan jangkauan Redmi Note yang popular: Redmi Note 13 Pro+ 5G, Redmi Note 13 Pro 5G, Redmi Note 13 5G, dan Redmi Note 13.
KAMERA BERKELAS DUNIA
Dengan peningkatan besar dalam sistem kamera, reka bentuk, paparan, dan pemproses, Siri Redmi Note 13 mempertaruhkan kualiti telefon pintar di flagship-level dengan harga cukup berpatutan, terutama sekali untuk kalian yang masih bergelar student!
Direka untuk memenuhi keperluan fotografi yang pelbagai, Siri Redmi Note 13 lebih menonjol dengan sistem kamera yang serba boleh.
Model pro, Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G, menampilkan kamera resolusi ultra-tinggi 200MP dengan penstabilan imej optik (OIS) untuk menangkap gambar dengan tahap butiran yang cukup tip-top! Barulah semangat nak #OOTD selepas ini…
TIADA LAGI ISU ZOOM TERLALU JAUH
Selain itu, zoom sensor 2x/4x mereka turut menawarkan gambar yang cukup terperinci meski diambil dari jauh dan turut memberi tumpuan kepada figura individu yang kelihatan di dalam gambar tersebut.
Sementara itu, model asas, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13, dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan zoom sebanyak 3x untuk menghasilkan imej yang luar biasa dengan butiran yang lebih halus.
REKA BENTUK YANG SESUAI DENGAN GEN-Z
Selain itu, siri Redmi Note 13 menampilkan reka bentuk yang cukup bergaya dan trendy dengan bezel ultra-kecil untuk penampilan dan rasa bak premium, serta paparan berkualiti tinggi untuk memberi pengalaman yang lebih baik dan tontonan yang mendalam kepada pengguna. Netflix & Chill kini makin ONZ dengan Redmi Note 13!
MATA SIHAT DENGAN REDMI NOTE 13
Untuk menambah keyakinan semasa tontonan yang berpanjangan, peranti Siri Redmi Note 13 dilengkapi dengan sijil TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free, dan Circadian Friendly, serta pelbagai ciri perlindungan mata, seperti mode bacaan.
HARGA MAMPU MILIK BUAT STUDENT!
Mulai 20 Januari, Siri Redmi Note 13 akan tersedia untuk pembelian di kedai Xiaomi yang sah, dan di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Redmi Watch 4, Redmi Buds 5 Pro, dan Redmi Buds 5 pula boleh dibeli mulai 16 Januari 2024.
Redmi Note 13 Pro+ 5G hadir dengan warna Midnight Black, Moonlight White, dan Aurora Purple, dengan dua varian penyimpanan dan harga permulaan RM1,599.
Sementara itu, Redmi Note 13 Pro 5G hadir dengan warna Midnight Black, Ocean Teal, dan Aurora Purple, dengan satu varian penyimpanan, berharga RM1,399.
Pada masa yang sama, Redmi Note 13 5G hadir dalam warna Graphite Black, Ocean Teal, dan Arctic White dengan satu varian penyimpanan, bermula dari RM1,099.
Redmi Note 13 pula hadir dalam warna Midnight Black, Mint Green, dan Ocean Sunset, dengan dua varian penyimpanan, bermula dari RM749. PERGHHH MURAH HABIS!
Jadi korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan mana-mana siri Redmi Note 13 di kedai Xiaomi berdekatan anda! Kualiti bermutu, harga mampu milik! #REMAJAAPPROVED
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...