Filter yang dinamakan ‘Gender Swap’ ini membolehkan korang melihat diri masing-masing sekiranya berubah jantina.
Untuk lelaki, ‘Gender Swap’ akan menghilangkan segala kumis dan jambang pada wajah, melicinkan kulit, membiarkan rambut kelihatan panjang (lihat transformasi Harris Annuar di bawah) dan wajah kamu akan memakai sedikit solekan.
Bagi perempuan pun ada, tetapi ia membolehkan korang ‘membela’ jambang sejemput, mempunyai kening yang cukup on-point dan kulit wajah akan berubah lebih gelap.
Jom tengok siapa yang paling cantik di kalangan Instafamous lelaki ini. Pergh, terpikat!
Bukan setakat selebriti lelaki saja yang mencuba ‘Gender Swap’ filter ini, selebriti perempuan pun tak ketinggalan juga.
Memang helok muka masing-masing, cuba lihat.
Siapa lagi selebriti yang korang excited nak lihat transformasi ‘Gender Swap’ ini..?