Seringkali kita lihat mana-mana remaja yang menunjuk status kemewahan mereka di media sosial dengan kereta premium dan koleksi peranti terbaru yang sering bertukar ganti.
Ada remaja yang benar-benar berusaha sehingga mendapat kemewahan, tak kurang juga mereka yang dilahirkan dalam keluarga serba ada. Namun dalam kes yang satu ini, lain pula ceritanya apabila kehidupan mewah seorang remaja di Kelantan sebenarnya berpunca daripada kegiatan mengedar dadah.
Remaja berusia 18 tahun itu dilihat mengamalkan gaya hidup mewah bersama-sama bapanya yang bekerja sebagai penjual besi buruk di Tanah Merah disebabkan oleh kegiatan haram tersebut. Mewahnya memang tak boleh cerita gaiss.
Biarpun belum mencecah usia 20 tahun, dia telahpun memiliki sebuah kereta BMW model 630i M-Sport dua pintu!
Menurut laporan dari Sinar Harian
, kedua-dua suspek itu adalah di antara lima orang individu yang ditahan oleh polis Rabu, minggu lalu.Dalam serbuan berasingan yang dilakukan pada jam 3.45 petang dan 4.30 petang, polis menahan tiga ahli kumpulan berusia 22, 25 dan 28 tahun di Kampung Tok Che Dol, Tanah Merah. Salah seorang didapati memiliki empat paket plastik berisi pil kuda bernilai RM8,000.
Sementara itu, remaja terbabit dan bapanya pula ditahan di RPK Gual Ipoh, Tanah Merah dan membongkarkan penyembunyian segala jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM112,000.
Daripada hasil pengedaran dadah sejak awal tahun lalu, mereka mampu memiliki kereta mewah BMW berserta kenderaan lain seperti lima jenis motosikal, kereta Proton Satria dan Perodua MyVi. Sekiranya mereka disabit kesalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka boleh diperuntukkan hukuman mati mandatori.
Itulah orang kata, nak kaya itu tak boleh ambil jalan mudah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tak gitu?
Sumber: (1)