Ambulans Memang Diarah Berhenti, Keutamaan Pada Konvoi PM Demi.. – Polis

Share

 

Semalam, tular satu klip video di media sosial dan platform aplikasi hantaran mesej seperti WhatsApp serta Telegram yang menampakkan sebuah ambulans bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang terpaksa berhenti di persimpangan jalan raya demi memberi laluan kepada ‘konvoi’ kenderaan golongan VIP.

Klip tersebut disahkan bertempat di Hulu Langat dan melibatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri yang sedang dalam perjalanannya ke Masjid al-Mustaqim di Batu 16 Hulu Langat bagi melihat kerja-kerja pembersihan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dari Taman Sri Nanding.

Disebabkan momen tersebut yang berjaya dirakamkan, ia secara tidak langsung telah menyebabkan kemarahan rakyat yang berpendapat keutamaan seharusnya diberikan kepada ambulans tersebut berbanding rombongan VIP itu.

Pelbagai pendapat negatif telah dilontarkan ke arah golongan VIP secara amnya yang dilihat sentiasa memperolehi kelebihan. Malah ada yang membandingkan kepentingan nyawa berbanding status seseorang individu. Ini secara tidak langsung memburukkan lagi imej kerajaan Ismail Sabri yang jujurnya, semakin tidak popular dalam kalangan rakyat dek pelbagai isu yang dibangkitkan sepanjang bencana banjir kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Diselar Gara-Gara Video Cuci Lantai Tanpa Kesan Banjir, Rupa-Rupanya Rina Harun Bersihkan Tahi Cicak & Unggas – REMAJA

Demi meredakan keadaan tersebut, Polis Selangor hari ini tampil bagi menjelaskan bahawa arahan agar ambulans milik Persatuan Bulan Sabut Merah Malaysia dan kenderaan puntuk berhenti telah diberikan oleh anggotanya yang bertugas setelah penilaian awal dibuat.

Kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangir iaitu Supt Azman Sharri’at, sekiranya arahan tersebut tidak dikeluarkan sebelum momen itu berlaku sekitar jam 11.30 pagi semalam, ia akan mewujudkan risiko kemalangan dan membahayakan pengguna di jalan berkenaan.

Jelas beliau dalam satu kenyataan pada pagi tadi, “Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan.

“Tindakan mengatasi trafik itu telah diambil oleh anggota trafik berkenaan selaras dengan peruntukan mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Begitupun, beliau menambah bahawa pihak polis sentiasa memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans dan bomba. Cuma kejadian semalam adalah demi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini daripada berlaku dan mereka peka akan risiko tersebut.

Lantas anggota trafik mendahulukan konvoi VIP melepasi simpang jalan raya itu disebabkan faktor jarak yang sudah terlalu dekat dari titik pertembungan sebelum segera memberi keutamaan laluan kepada ambulans dan kenderaan 4×4 berkenaan.

Sebagai rakyat, kita sudah terbiasa untuk panik sebelum

memberikan laluan kecemasan kepada ambulans, bomba dan polis apabila mendengar siren berbunyi ketika berada di atas jalan raya. Tapi jika korang mendapati terdapat kenderaan VIP yang membunyikan siren dari belakang dan ingin memecut laju, adakan korang akan turut segera memberikan laluan kecemasan?

Sumber : (1)

BACA LAGI : TS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri Muda – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ