Sekitar pertengahan tahun ini, pempengaruh yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan telahpun mengambil keputusan memadamkan akaun Instagram secara sementara.
Tindakan Ameera yang lebih mesra dengan nama jolokan ‘Little Miss Khan’ itu lantas menimbulkan pertanyaan pelbagai pihak terutamanya 1.4 juta pengikutnya di Instagram.
Ada yang mendakwa Ameera telah membawa diri ke Dubai, UAE sebagai pempengaruh di sana. Ada juga yang menyatakan ‘kehilangan’ Ameera selama hampir enam bulan itu adalah disebabkan tekanan akibat kata-kata warganet mengenai imejnya.
Namun kini bersempena hari kelahiran ke-22, Ameera telahpun kembali menyuakan diri menerusi dua hantaran Instagram baharu dan selebihnya menerusi perkongsian Instagram Story.
Buat Ameera, hari lahir kali ini bukan sahaja istimewa dek kerana angka usia 22 tahunnya yang selari dengan tahun 2022. Malah kegembiraan Ameera itu melipat kali ganda apabila diberi kesempatan berkunjung ke kota suci Mekah & Madinah bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya, Datin Noor Kartini.
“Ya Rabb, terimalah segala doa-doa yang dipinta ibuku dan berikanlah beliau kegembiraan sebagaimana beliau menggembirakanku. Aku berdoa agar dapat kembali ke sini beberapa kali setahun bersama ibu,” catat Ameera.
Dalam hantaran berasingan, Ameera yang juga menyambut hari kelahirannya di Dubai UAE menzahirkan kota canggih itu sebagai kota kegemarannya di seluruh dunia.
“No other city can top this for me. I’m always tired but never of you ,” tambahnya.
Welcome back, Ameera!
ARTIKEL BERKAITAN: Suasana Bagaikan Mimpi, Ameera Khan Tampil Cantik Hiasi Kempen Lebaran
FOTO: Instagram @littlemisskhan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.