Berita

Ameera Khan Berang Dengan Netizen Gara-Gara Dituduh Bercuti Bersama Meerqeen

Share

Personaliti media sosial, Ameera Khan telah didakwa bercuti bersama aktor, Meerqeen di Bali, Indonesia oleh netizen hanya kerana berada di lokasi sama.

Tidak mahu membiarkan dakwaan itu berpanjangan, adik kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa memaklumkan dia berada di Bali bersama sepupunya, Aisha selain mengakui suda mempunyai kekasih yang kini menetap di London.

“Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, pengawal peribadi dan pemandu. Hanya kami berempat.

“Saya ada teman lelaki dan dia berada di London,” katanya di InstaStory.

Kata gadis berusia 23 itu lagi, dia sepatutnya tidak mempunyai keperluan untuk menjelaskan tentang hal tersebut kepada umum namun melakukannya disebabkan dakwaan tidak berasas oleh netizen.

“Saya tak perlu jelaskan tetapi sesetengah daripada anda sudah melebih-lebih.

“Tutup mulut anda dan berambus,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, dakwaan tersebut tercetus apabila dia dan Meerqeen serentak berkongsi foto berada di Bali. Rentetan daripada itu, Ameera menerima komen daripada beberapa individu yang menyatakan dia bercuti di Bali bersama aktor popular berkenaan.

Terdahulu, Ameera pernah dikatakan bercinta dengan Meerqeen apabila mereka pernah saling berbalas komen dalam Instagram namun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan.

SUMBER: Instagram Ameer khan.

Published by
Fath