Pelakon jelita, Amelia Henderson mendedahkan hubungannya bersama aktor, Aedy Ashraf tidak lagi seperti sebelum ini.
Menurut pelakon drama Kisah Cinta Kita itu, antara punca yang membuatkan hubungan mereka menjadi renggang adalah faktor sibuk dan kekangan.
“Saya dan Aedy kini kawan, kami tak rapat seperti dahulu.
BACA LAGI : ‘Terima Kasih Untuk Semua Kenangan Terindah’ -Komen Manis Aedy Ashraf Buat Amelia Henderson
“Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini,” katanya ketika bersiaran langsung di Instagram semalam.
Pada masa sama, Amelia memaklumkan dia dan pelakon berusia 30 tahun itu juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.
“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.
“Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.
“Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aedy Ashraf