
Aktor berbakat besar, Amerul Affendi, berkongsi hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan.
Langkah tersebut diambil sebagai persediaan untuk mencapai impian menjadi seorang pensyarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Salah Seorang Penerima Master UPSI! Arja Lee Titip Rasa Syukur
Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 38 tahun itu mengakui bahawa beberapa artis baru telah mendekatinya untuk menuntut ilmu.
“Insya-Allah tahun ini saya akan sambung belajar di UPSI, masih dalam bidang yang sama iaitu seni persembahan.
“Saya nak mengajar dan jadi pensyarah. Jadi, saya mengikuti program Apel Q di UPSI yang memerlukan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun,” katanya.
Amerul yang terkenal dengan bakat lakonannya itu turut mengakui bahawa dia tidak begitu yakin untuk mengajar tanpa ilmu yang cukup.
“Saya tak yakin untuk mengajar kerana perlu ilmu lain. Selepas dapat master, saya sudah tahu nak ‘goreng’ macam mana,” tambahnya lagi.
Amerul, yang sebelum ini memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), berharap pengajian berkenaan dapat membantunya mengasah ilmu dan pengalaman dalam bidang seni persembahan.
Namun, Amerul menegaskan bahawa keputusan untuk melanjutkan pelajaran tidak bermakna dia akan bersara daripada dunia lakonan.
“Lakonan tetap nombor satu. Hanya mahu kekal relevan,” ujarnya menutup perbualan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.