Setiap orang memiliki simptom yang berbeza-beza selepas dijangkiti virus Covid-19. Ada yang pulih seperti sedia kala namun ramai yang memiliki simptom kurang menyenangkan.

Perkara ini terjadi sendiri kepada selebriti terkenal, Amyra Rosli selepas dijangkiti virus tersebut pada 6 Mac lalu. Kini setelah hampir sebulan berlalu, keadaannya tidak pulih sepenuhnya dan mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Amyra Rosli Alami Lebam, Sakit Sendi Dan Batuk Berterusan Selepas Positif Covid-19. Amar Baharin Minta Kongsi Ikhtiar

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh suaminya, Amar Baharin menerusi satu hantaran di laman Instagram. Pelakon yang popular menerusi drama Cik Bunga dan Encik Sombong itu memohon kepada warganet untuk berkongsi sekiranya ada ikhtiar yang boleh dia lakukan.

“Wife saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention). Batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas positif SARS-Cov-2 pada 6 Mac 2022,” ujarnya.

Ads

Amyra Rosli Alami Lebam, Sakit Sendi Dan Batuk Berterusan Selepas Positif Covid-19. Amar Baharin Minta Kongsi Ikhtiar

Berasa bimbang dengan apa yang dialami isterinya, jejaka berusia 37 tahun ini juga berkata yang doktor masih tidak menemui solusi berkenaan simptom tersebut.

Tambahnya lagi, “Ada siapa-siapa yang alami benda yang sama? Ada jalan penyelesaian tak? Sebab doktor masih tak dapat solution kepada penyakit dia. Kalau ada, mohon kongsikan ya, kami tengah ikhtiar.”

Ads

BACA JUGA: Positif Covid-19 Sebaik Tiba Di Amerika Syarikat, Jungkook BTS Jalani Kuarantin Kendiri Sehingga Sihat

Amyra Rosli Alami Lebam, Sakit Sendi Dan Batuk Berterusan Selepas Positif Covid-19. Amar Baharin Minta Kongsi Ikhtiar
Kredit foto: Instagram Amyra Rosli

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Ads

Dalam tinjauan REMAJA di Instagram Amyra, menerusi hantaran di Instastorynya dia sudah pun meneruskan tugasnya sebagai bintang drama di lokasi penggambaran. Semoga wanita anggun ini segera pulih sepenuhnya dan kembali sihat seperti sedia kala.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI