Tindakan pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video pendek di Instagram Story bersama seekor anak anjing telah mendapat perhatian warganet, semalam.
Terbaharu, Sakinah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Hanya Diberi Masa 3 Minggu Untuk ‘Bisa Ngobrol’ Bahasa Indonesia
Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Terdahulu tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing dalam InstaStory miliknya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
Lebih mengejutkan, adik kepada pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung haiwan yang diharamkan sentuhan bagi orang Islam tanpa keperluan dalam urusan kehidupan itu.
SUMBER FOTO: Instagram Sharifah Sakinah
Bukan Nora Danish Je Pernah ‘Botakkan’ Rambut, Lihat Transformasi 5 Pelakon Ini
Perubahan rambut Nora Danish pada posting di Instagram-nya semalam mengejutkan netizen.
Selalunya, kita dapat melihat Nora cantik dengan rambut ikalnya. Tetapi semalam, pelakon tersebut memuat naik foto dengan imej botak. Pada mulanya, netizen risau dan bertanyakan sama ada dia sakit.
Nora menjawabnya ia semua adalah tuntutan lakonan drama Hingga Jumpa Lagi yang menggandingkan Nora dengan Kamal Adli.
Malah, imej itu adalah hasil solekan mantap produksi. Rambutnya masih panjang seperti dulu.
Ini bukanlah kali pertama pelakon perempuan mencukur atau membotakkan kepala. Kebanyakan pelakon Hollywood pernah melakukannya demi watak, dan ia juga mengubah persepsi ramai orang yang selebriti perempuan juga kuat.
Jom tengok siapa yang pernah berbuat sedemikian.
01
Willow Smith
Hanya pada usia 12 tahun, Willow mencukur rambut dan mewarnakannya merah jambu dan hijau. Hanya 4 tahun selepas itu, pelakon itu menjawab alasannya berbuat demikian.
“Saya rasa terpaksa, at that point saya tidak lagi tahu warna rambut semulajadi saya kerana terlalu kerap melakukan sesuatu pada rambut.”
02
Cara Delevigne
Model yang bertukar pelakon ini membotakkan rambut untuk watak di dalam Life in a Year. Cara memberitahu Glamor yang ia adalah pilihan tepat kerana “menjadi botak membuatkan orang di sekeliling mula mendengar secara serius tentang apa yang saya ingin cakapkan.
“Sebelum ini, mereka rasakan saya hanyalah model bimbo.”
03
Kristen Stewart
Gaya rambut bob, lob (long bob), pixy – semuanya pernah dilakukan oleh pelakon popular Twilight ini. Namun, Kristen mengambil keputusan dramatik untuk menggayakan buzz cut perang untuk membuktikan dia berani.
04
Millie Bobby Brown
Pertama kali Millie ditonton oleh seluruh dunia melalui siri Stranger Things, dia hadir dengan gaya kepala botak pada usia 12 tahun demi watak. Walaupun datuknya melarang, Millie merasa bangga dengan wajahnya itu.
“Saya harap saya boleh memberi inspirasi kepada ramai orang..”
05
Natalie Portman
Kalau orang dah cantik, potonglah rambut macam mana sekalipun, korang akan tetap nampak cantik. Seperti Natalie Portman yang membotakkan kepada untuk watak di dalam filem V for Vendetta, lalu membuatkan ramai penonton mengingatinya menerusi watak itu.
3 Daripada 10 Remaja Alami Kesihatan Mental, Pakar Psikiatri Beri Tips Cara Kenali Individu Bermasalah Ini
Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca kejadian jelik. Anak tikam emak, abang bunuh adik, kawan tetak kawan dan macam-macam lagi berita.
Jangan terkejut kerana diberitakan 30 peratus atau 4.2 juta rakyat di negara ini mengalami masalah kesihatan mental.
Kajian dari National Health & Morbility pada tahun 2015 mendapati 3:10 mereka yang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental iaitu kira-kira 29.2 peratus remaja di negara ini. Terkejutkan?
Manakala di kalangan kanak-kanak pula menunjukkan angka 12.1 peratus mewakili usia di antara 5-10 tahun.
Statistik pula menunjukkan seorang dalam kalangan tiga penduduk di negara ini mempunyai masalah berkait rapat dengan isu diperkatakan.
Untuk pengetahuan, masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia bukan penyakit keturunan pun.
Masalah kesihatan mental banyak berkait rapat dengan gaya hidup, tingkah laku, masalah kewangan, kemiskinan, kebimbangan, tekanan perasaan dan banyak lagi.
Remaja pada usia 16-19 adalah kelompok tertinggi mengalami masalah kesihatan mental ini.
So just check it out! Dia mungkin kawan anda, mungkin boyfren anda, dia mungkin awek anda. Dan mungkin dia boleh jadi ibu bapa anda sendiri.
Kalau anda kawan-kawan korang yang menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku, sikap, tekanan emosi dan beberapa aspek lain, tolonglah bagi dia sokongan.
Jangan lari darinya sebab mereka ini sangat memerlukan sokongan untuk kembali sembuh. Lagipun dia orang bukan gila pun, Cuma alami tekanan perasaan sahaja yang membawa kepada masalah kesihatan mentalnya.
Untuk pengetahuan korang, Oktober adalah bulan Kesedaran Kesihatan Mental yang disambut seluruh dunia. Tarikh 10 Oktober dipilih sebagai satu hari meraikannya. Tapi sepanjang bulan Oktober, kempen ini masih terus berjalan.
Apa lagi yang perlu korang ambil tahu tentang Kesedaran Kesihatan Mental ini? Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, Dr Yusni Yusuff dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes-kes remaja yang mengalami masalah kesihatan mental.
Antara gejala masalah kesihatan mental termasuklah berasa sedih berpanjangan, sering bimbang atau resah gelisah, berasa takut, tertekan, cepat marah, sering keletihan, sukar tidur, hilang tumpuan dan sebagainya. Masalah atau gangguan kesihatan mental jula dibiarkan tanpa bantuan boleh mendorong seseorang remaja mengalami penyakit mental yang lebih serius.
Masalah kesihatan mental yang sering dialami oleh golongan remaja adalah kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety).
Remaja yang mengalami gangguan kesihatan mental seringkali dilihat sebagai mengalami masalah tingkahlaku ataupun masalah disiplin.
Mereka sering di label sebagai remaja nakal dan bermasalah. Mereka dilihat sebagai seorang yang kuat memberontak dan menunjukkan tingkahlaku yang bukan kebiasaan beliau.
Penyakit mental seperti skizofernia boleh terjadi kepada remaja tetapi ianya berlaku pada kadar yang sangat rendah berbanding dengan apa yang telah diperkataan sebelum ini.
Mereka yang mengalami gangguan sebegini sering menerima bisikan-bisikan suara sehingga sanggup menyembelih anak atau adik sendiri adalah berbeza sama sekali dengan masalah kesihatan mental
Apa dimaksudkan dengan masalah kesihatan mental?
- Masalah kesihatan mental merujuk kepada perubahan tingkah laku, tekanan dan sebagainya. Paling senang nak kesan, kalau dulu anak atau kawan anda sopan santun orangnya, tiba-tiba dia berubah sikap. Jadi kasar. Bahasa percakapannya juga berlaian, suka mencarut dan sebagainya.
- Ciri lain ialah dia suka menyendiri. Tak suka berkawan kerana dia mungkin merasakan dirinya tak cantik, gemuk, tak ada kekasih, muka berjerawat dan sebagainya. Ini juga boleh mengakibatkan tekanan perasaan kepadanya. So bantulah dia ya! Jangan jauhkan diri.
- Dia mungkin mangsa penderaan. Bila meningkat remaja, dia teringat-ingat kembali kenangan itu dan mula berubah sikap.
- Bergaduh dengan kawan baik sendiri juga boleh menjurus seorang remaja kepada masalah kesihatan mental. Dia mungkin fikir anda kawan baiknya tapi bila anda berdua bergaduh, anda jauhkan diri. Ini memang teruk dan biasa berlakukan!
- Putus cinta. Ini memang faktor terbanyak. Kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum. Hidup pun masih panjang. Jangan sedih-sedih tau. Sebab kalau anda tak berjaya mengawal emosi ini, anda boleh alami tekanan perasaan berpanjangan.
- Faktor kewangan. Kena pula kawan-kawan selalu tayang barang branded dan anda tak mampu nak beli. Ini memang boleh jadi tekanan mental yang kuat.
- Kesesakan tempat tinggal. Ini juga antara punca masalah ini boleh wujud.
- Masalah di tempat kerja dan sekolah. Ada juga yang sudah tak berminat dengan sekolah tetapi tetap dipaksa oleh ahli keluarga. Ini juga boleh jadi puncanya.
- Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian.
- Kehilangan orang yang disayangi
Bagaimana mereka ini perlu dibantu?
- Sokongan keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang menderita masalah, beri sokongan tanpa berbelah bahagi. Ingat, jangan jauhkan diri.
- Ambil peduli dengan perubahan-perubahan sikap atau tingkahlaku ahli keluarga yang mula menunjukkan kelainan.
- Bercakap dengan mereka untuk menyelami apa yang berlaku.
- Bantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
- Bantu mereka berjumpa dengan ahli psikologi termasuklah kaunselor, pakar psikologi ataupun pakar psikiatri.
- Buat rujukan atau rajin-rajinlah membaca pelbagai info untuk mengetahui gejala penyakit mental. Andainya ada gejala, dapatkan nasihat dan perkhidmatan dari doktor perubatan.
Kata Dr Yusni Yusuff lagi, masalah di kalangan ini masih boleh dirawat asalkan keluarga memberi sokongan padu dan tak ponteng pertemuan dengan doktor bila temujanji sudah dilakukan.
“Biasa untuk menyelami masalah dihadapi, saya akan ajak mereka berbual-bual dahulu. Kebanyakannya akan senyap dalam pertemuan pertama. Semuanya menunduk dan membisu.
“Tapi kita tak pernah putus asa. Dalam pertemuan seterusnya, kita akan ajak lagi berbual sehinggalah kita dapat mengesan punca bagaimana mereka boleh menghadapi tekanan mental ini.
“Banyak yang pulih melalui terapi percakapan “talk therapy” atau juga dikenali sebagai psychotherapy. Remaja ini juga mungkin perlu menjalani sesi kaunseling untuk belajar kemahiran sosial, mengurus masa serta teknik untuk relaks.
“Akan tetapi bagi kes yang sudah agak teruk kita akan bekalkan dengan ubat-ubatan untuk mengawal keadaan menjadi lebih teruk seperti remaja menjadi agresif, timbul niat untuk mencederakan diri atau bertindak di luar kebiasaan dan mungkin juga membunuh diri,”kata pakar perunding yang banyak mengendalikan kes-kes remaja yang melalui tekanan dan kebimbangan.
Hhm…Penggemar Sushi, Mungkin Kamu Nak Kurangkan Pengambilannya Lepas Membaca Ini
Rasanya, tak perlu lagi kami perkenalkan apa itu sushi.
Bukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia.
Penulis mengenali ramai yang menyukai sushi sehinggakan ada yang akan mengambilnya pada setiap hari.
Namun, kajian terbaru yang dikeluarkan dari sebuah hospital di California mungkin akan membuatkan korang ingin mengurangkan pengambilannya selepas ini. Sushi asasnya diperbuat daripada bahan mentah segar dan itulah yang memikat selera penggemar sushi. Selain enak, ia juga dianggap sebagai makanan yang sihat.
Ini kerana ia mengandungi kebanyakan zat yang diperlukan oleh tubuh seperti protein, vitamin dan mineral. Walaubagaimanapun, disebabkan kesegaran tersebutlah, beberapa kes yang dinamakan sebagai anisakiasis semakin menular.
Anisakiasis adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada cacing yang ada di dalam ikan dan boleh mengakibatkan rasa sakit, muntah dan cirit-birit.
Ikan mentah berpotensi membiakkan cacing pita atau parasit di dalam badangnya. Selain itu, sushi juga berpotensi mengandui bakteria pathogen yang boleh menyebabkan jangkitan pada usus.
Tambahan pula, semakin hari, habitat untuk ikan dan haiwan marin semakin tercemar. Merkuri, gas dan bermacam-macam lagi bahan toksik terdedah kepada haiwan marin. Lantas, apabila ia diambil tanpa dimasak, tanpa ragu-ragu lagi kita boleh menghadapi keracunan.
Merkuri contohnya akan mendatangkan masalah kepada ingatan, lemah otot dan lebih teruk, ketumbuhan sekiranya ia diambil secara konsisten di dalam tubuh.
Hhm, banyak juga kelemahan pengambilan sushi.
Bukanlah maknanya korang perlu berhenti terus daripada mengambilnya. Namun, lebih baik kita kurangkan pengambilan sushi untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Seperkara lagi, pastikan korang betul-betul memilih tempat makan sushi yang bersih dan boleh dipercayai. Usah disebabkan sesebuah tempat menjual sushi pada harga yang murah, korang terus ke sana tanpa usul periksa.