Isu pemilikan anak beruang matahari pada minggu lalu masih belum surut lagi, sudah timbul satu lagi berita sedih melibatkan spesis beruang.

 

Animal lovers, get your tissues ready.

Seekor anak beruang hitam telahpun ditembak mati oleh pihak perlindungan haiwan rasmi di Amerika Syarikat selepas haiwan itu didapati terlalu ‘manja’ dan terbiasa dengan interaksi bersama orang awam seperti mengambil selfie.

Err, what?

Sejak 4 Jun lalu, balai polis daerah di Washington dan Jabatan Perikanan Oregon menerima beberapa panggilan telefon mengenai anak beruang jantan yang dilihat popular di media sosial selepas orang awam acapkali memuat naik foto serta video bersamanya.

Ramai yang gusar mengenai nasib anak beruang tersebut yang dilihat seakan tersesat di kawasan hutan awam.

IKLAN

Menurut laporan, bukan hanya selfie yang ‘dilayan’ oleh anak beruang itu. Malah, orang awam turut meninggalkan sisa makanan kepadanya dan ia sering menghabiskan.

Anak Beruang Terpaksa Dibunuh Di US Kerana…Selfie & Makanan Pengunjung?
Amaran yang dikeluarkan oleh WCSO Oregon.

Tak lama kemudian pada 11 Jun (Selasa lalu), pihak berkuasa kembali menerima 2 panggilan berkenaan anak beruang itu yang menghampiri kawasan aktiviti bot di tasik Henry Hagg.

Serta-merta, pihak berkuasa memberi amaran agar orang ramai tidak mendekatinya sementara mereka cuba untuk mengalihkan haiwan tersebut ke kawasan hutan.

Seperti mana-mana kes haiwan liar, pihak biologis akan cuba mengalihkan perhatian, dan menangkap haiwan terbabit. Namun semasa di tempat kejadian, mereka mendapati ia sedang asyik mengunyah benih Bunga Matahari (sunflower seeds) dan jagung.

Ia juga tidak takut dengan keberadaan pihak berkuasa di situ dan menurut pakar, situasi seperti ini lebih membahayakan kerana anak beruang boleh mengancam secara tiba-tiba kerana sudah ‘terbiasa’ dengan kawasan sekeliling. Kawasan itu telahpun dianggapnya sebagai habitat.

IKLAN

Anak Beruang Terpaksa Dibunuh Di US Kerana…Selfie & Makanan Pengunjung?

“Inilah sebab utama kami menggesa untuk tidak memberi makan kepada haiwan liar. Walaupun kamu mempunyai niat baik, beruang tidak patut diberikan makanan kerana ia akan ‘terikat’ dengan kawasan itu dan jika dibiarkan lapar, ia akan mengancam nyawa penduduk sekeliling.

“Apabila kami cuba mendekatinya, ia juga tak menunjukkan tanda-tanda ingin lari. Itu bererti ia sudah terbiasa dengan interaksi orang awam dan ia adalah ancaman kepada sesiapa yang mendekatinya,” kata Rick Swart mewakili Jabatan Perikanan Oregon.

Kes seperti ini selalu dikategorikan sebagai ‘Habituated Animal’ dan haiwan tersebut tidak boleh dibiarkan sebegitu mahupun dibawa pulang ke habitat. Pihak berkuasa memutuskan untuk membunuh anak beruang itu walaupun dalam keadaan terpaksa.

IKLAN

Anak Beruang Terpaksa Dibunuh Di US Kerana…Selfie & Makanan Pengunjung?

Untuk pengetahuan, lebih 30 ekor beruang hitam telah dibunuh di Oregon sejak tahun 2007 di bawah akta undang-undang yang membolehkan penduduk sekitar menembak jika ia mengganggu kawasan kejiranan.

BACA: Ramai Pemilik 10 Haiwan Liar Ini Tak Sedar Perlu Memiliki Lesen & Permit Khas

Sedih memanglah sedih, tapi kes ini adalah pengajaran untuk semua. Jika terjumpa haiwan liar, jangan pula kita mengambil selfie, memberi ia makan ataupun membawanya pulang untuk merawat.

Telefon pihak berkuasa atau Jabatan PERHILITAN agar mereka boleh pantas membantu.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI