Dalam Negara

Anak Bongsu Datuk M.Nasir Terima Ijazah Kelas Pertama! Datin Marlia Musa Kongsi ‘Throwback’ Semasa Hantar Ke Universiti

Share

Terbaru, tahniah diucapkan kepada anak seniman terkenal, Datuk M.Nasir, Suci Musalmah (22) yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Datin Marlia Musa yang menghadiri majlis konvokesyen anak bongsu mereka yang menamatkan pengajiannya di University Of Nottingham.

Suci Musalmah yang kini rasmi pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama diraikan oleh kedua ibu bapanya.

BACA: “9A, Mantap ar… Congratulations”, Adik Meerqeen Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2023!

Kredit: Instagram Datin Marlia

“Alhamdulillah syukur. Segalanya berjalan baik hari ini. Macam baru semalam Suci masuk universiti. Macam baru semalam balik hantarnya ke rumah barunya di UniVillage. Sesudahnya saya menangis selepas pulang ke rumah kerana rindu.”

“Mungkin lebih perit lagi yang mama lalui sewaktu saya dan Nurul Musa Albakri berangkat ke United Kingdom dahulu. Perit kerana berpisah dengan dua orang anak serentak. Saya sekurang-kurangnya dari Sungai Buloh ke Semenyih kurang dua jam perjalanan.”

BACA: Mahu Ubah Nasib Keluarga, Anak Pencuci Bangunan, Pembantu Kedai Raih Keputusan Cemerlang PNGK 4.00 Dalam STPM 2023!

Kredit: Instagram Datin Marlia

“Bila kenangkan itu, hati saya kurang laranya. Pejam celik rutin baru ini, berat tapi lebih mudah ditelan. Pejam celik, tiga tahun sudah berakhir. Terima Kasih Tuhan atas semua kurniaanMu. Terima kasih Suci for this happiness,” ucap Datin Marlia menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam kegembiraan, Marlia yang juga pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut menitipkan kesyukuran dan penghargaan buat suami, ibu dan keluarga.

BACA: “Terima Kasih Untuk A Dalam Bio…” Pelajar Cemerlang Hadiahkan Guru Figura Animasi Popular One Piece!

Kredit: Instagram Datin Marlia

“Terima kasih bapa Suci (M. Nasir) kerana percaya dengan cita-cita anaknya. Terima kasih mama kerana selalu mendoakan kami sekeluarga. Terima kasih adik-beradik dan keluarga kerana selalu berada bersama kami. Alhamdulillah,” katanya.

Bekas pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu juga sempat berkongsi tentang hasrat Suci yang ingin mengenakan persalinan yang dipakai ketika majlis graduasinya dahulu.

“Permintaan Suci untuk memakai baju kurung yang saya sarungkan semasa majlis graduasi saya lebih 20 tahun dahulu tidak dapat saya tunai. Baju itu entah ke mana, juga tidak muatlah dik. Mak ketika itu saiz enam. Terima kasih semua yang selalu bersama keluarga kami. Tahniah Suci!” tambahnya lagi.

Sekadar info, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2000.

Sumber: Sinar Plus

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE