Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein

Majlis ‘Call to the Bar’ ini merupakan satu detik penting dalam kehidupan setiap graduan undang-undang, di mana mereka secara rasmi diterima sebagai peguam.

Menerusi Instagram, Ahli Parlimen Sembrong itu berkongsi foto anaknya itu selepas selesai Majlis Call to the Bar.

ARTIKEL BERKAITAN : Gadis Pedalaman Gigih Berperahu Ke Sekolah, Kini Boleh Berbangga Sebagai Peguam!

Malah, bekas Menteri Belia dan Suka, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan itu sempat memuat naik momen bermakna anak bongsunya, Fahd Hussein Hishammuddin, 27,
di laman sosial.

Anak Bongsu Hishammuddin Tun Hussein Kini Bergelar Peguam – “Saya Amat Berbangga Fahd Selesai Call To The Bar!”
Peguam

Katanya, sebagai seorang bapa dan peguam, kejayaan diraih Fahd cukup membanggakan mereka sekeluarga..

“Saya amat berbangga kerana Fahd selesai Call to the Bar! Sebagai seorang bapa dan rakan peguam, detik ini sangat bermakna.

“Kerja keras dan dedikasi telah membawamu ke tahap ini dan kami semua sangat berbangga.

Ads

“Perjalanan ini milik kamu sekarang tetapi ketahuilah bahawa Dad bersamamu dalam setiap langkah!” kongsinya.

 

Hishammudin yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Ads

Beliau yang berkelulusan Ijazah Undang-Undang, Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom (UK) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Komersil dan Korporat di The London School of Economics and Political Science, UK memiliki firma guaman sendiri iaitu Lee Hishammuddin Allen and Gledhill.

Anak Bongsu Hishammuddin Tun Hussein Kini Bergelar Peguam – “Saya Amat Berbangga Fahd Selesai Call To The Bar!”

Selain Fahd, Hishammuddin memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, 35, Faris Hussien, 32, dan Kyra Arianna, 29, yang merupakan hasil perkongsian hidup bersama kerabat diraja Pahang, Datuk Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Ads

Majlis ini bukan sahaja menjadi detik manis untuk keluarga Hishammuddin, tetapi juga merupakan satu inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana untuk mengejar impian mereka dengan tekun dan berdedikasi.

TAHNIAH buat keluarga Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein usai kejayaan anak bongsunya!

BACA LAGI : Tular Kisah Lelaki Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Peguam Syarie Kongsi Hak Tuntut Ganti Rugi

BACA LAGI : 10 Individu Muslim Yang Diiktiraf Dunia, Bukti Islam Tidak Sekat Kejayaan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI