Akhir Mei, Baginda Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke majlis konvokesyen anakanda di Swiss Hotel Management School (SHMS), Switzerland.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis graduasi Adam Salleh bin Mustapha Kamal pada 31 Mei lalu.
Selangor Royal Official menerusi Instagram memaklumkan Adam Salleh merupakan anakanda bongsu Tengku Permaisuri.
“Adam Salleh, 22 tahun, telah menamatkan pengajian selama tiga tahun dari Swiss Hotel Management School (SHMS) dengan Kepujian Kelas Pertama dan menerima Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Hospitaliti Antarabangsa dan Pengurusan Acara”
Sekadar info, SHMS yang berpengkalan di Caux, Switzerland berada di kedudukan kedua dalam senarai penarafan
‘Best University in the World for Hospitality and Leisure Management’ oleh QS Ranking 2024.Kampus SHMS terletak di dalam bangunan bersejarah, Caux Palace yang dibina pada tahun 1902, yang turut tersenarai sebagai warisan kebangsaan Switzerland.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.