Beberapa tahun yang lalu, anak perempuan kepada pelakon kacak Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi pernah menjadi perhatian netizen kerana memiliki wajah yang menawan walaupun baru berusia 13 tahun pada ketika itu.
Marissa Dania merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman Hakim dan baru-baru ini, anak gadis ini telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 dengan tema ‘Princess’.
Walaupun baru berusia 15 tahun, namun kecantikan yang diwarisi oleh ibu dan ayahnya ini memperlihatkan sisi matang Marissa. Ramai yang turut memuji kecantikan anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi ini di setiap posting Instagramnya.
Ads
Sementara itu, di Instagram @normanhakim_786 turut menitipkan doa buat anak perempuannya sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-15.
Serangan virus corona telah menggemparkan dunia sehinggakan beberapa buah negara telah pun menggantung kemasukan orang asing. Perkara ini diambil serius demi menjaga keselamatan orang ramai.
Namun begitu, korang jangan pula panik sehingga menyebarkan fakta yang tidak betul. Rujuk pada pihak yang bertanggungjawab dan bukannya percaya bulat-bulat dengan apa yang disampaikan di media sosial.
Dalam kehangatan isu virus ini, teringat pula kami tentang filem berkisarkan tentang wabak yang menarik untuk ditonton. Berikut kami senaraikan antara 7 buah filem best yang korang boleh cari.
1. The Flu
Pelakon: Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-ha, Yoo Hae-jin
Wabak H5N1 merebak ke seluruh populasi urban dengan 2000 kes setiap satu jam dan kematian terjadi selepas 36 jam jangkitan. Akibat virus yang merebak itu, sesiapa yang menghidap wabak tersebut dikuarantin dan dipulaukan. Dalam perjuangan meneruskan hidup, seorang bomba dan doktor datang untuk mencari penawar.
2. Inferno
Pelakon: Tom Hanks, Felicity Jones, Omar Sy, Ben Foster, Irrfan Khan, Sidse Babett Knudsen
Tom Hanks kembali dengan watak Robert Langdon, seorang profesor Harvard dan symboligist yang perlu merungkai petunjuk di Florence bersama dengan sekutunya, doktor Sienna Brooks. Bersama mereka perlu menghentikan wabak yang dibuat oleh seorang ahli genetik gila yang mahu mengurangkan populasi manusia.
3. Contagion
Pelakon: Matt Damon, Kate Winslet, Gwyneth Paltrow, Jude Law, Laurence Fishburne, Marion Cotillard
“Contagion” mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan oleh udara dalam hanya beberapa hari. Dalam pada wabak maut tersebut merebak pantas, sepasukan doktor dari serata dunia berganding bahu mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang menular lebih cepar berbanding virus tersebut.
Filem ini turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak.
4. Train to Busan
Pelakon: Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn
Wabak virus zombi mula merebak di Korea Selatan, menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan, yang mana berkemungkinan tempat selamat untuk pelarian.
Tetapi ketika dalam perjalanan, mereka juga terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.
5. Resident Evil
Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Oded Fehr, Mike Epps
Sebuah syarikat Umbrella Corporation telah melakukan ujikaji vaksin dan senjata bio-teknologi yang dikenali sebagai T-Virus dan telah dicuri oleh seseorang. Salah satu tempat penampungan virus itu pecah dan menjangkiti semua orang di dalam pejabat Umbrella Corporation yang berubah menjadi zombie.
Kemudian, pasukan khas telah diturunkan ke sana untuk mematikan sistem dalam makmal dan mereka perlu berhadapan dengan zombie.
6. I Am Legend
Pelakon: Will Smith, Alice Braga, Dash Mihok
Robert Neville merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dari virus yang berpunca daripada ubat penyembuh kanser. Bila malam menjelma, dia terpaksa menyelamatkan diri daripada serangan zombie. Malah, lelaki ini juga turut berusaha untuk membuat penawar agar dapat menyembuhkan manusia yang berubah menjadi zombie.
7. Dawn of the Planet of the Apes
Pelakon: Andy Serkis, Jason Clarke, Gary Oldman, Keri Russell, Toby Kebbell, Judy Greer, Kodi Smit-McPhee
Negara semakin berkembang dengan kemunculan genetik mawas yang diketuai oleh Caesar telah diancam oleh sekumpulan manusia yang terselamat daripada terkena virus yang dahsyat sedekad yang lalu.
Keamanan hanya sementara dan peperangan pasti tercetus antara kedua-dua belah pihak untuk menentukan siapakah sebenarnya merupakan makhluk Bumi yang dominan
Penyanyi muda, Syada Amzah antara anak seni berbakat dan berjiwa besar dalam industri muzik tanah air.
Selain hasrat tinggi yang ditaruhkan dalam apa yang dilakukan, setiap yang bergelar insan juga pasti memiliki impian lain yang belum mahupun sudah tercapai.
Ya, sama juga seperti Syada, adik perempuan kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini turut mempunyi impian tersendiri dalam hidup yang masih belum lagi dicapainya.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory miliknya, dia tampil mendedahkan mimpinya yang masih belum tercapai selepas ada seorang peminatnya bertanyakan perkara tersebut di ruangan Ask Me.
“Apa mimpi kamu yang belum tercapai?” tanya ringkas peminatnya itu.
Jawab penyanyi lagu Hasrat itu, dia meluahkan hasrat untuk mengadakan sebuah showcase mahupun konsert pada masa akan datang.
Bagi kisah cinta pula, walaupun dirinya masih belum memiliki cinta hati, namun Syada menyifatkan dia tidak sabar untuk berumah tangga.
“Untuk kerjaya: my own EP dan Showcase ataupun konsert, InsyaAllah.
“Love life: Tidak sabar nak kahwin dan status tidak available, masih gembira walau dah lebih seribu hari,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, ‘mimpi’ yang ingin dilunaskan gadis berusia 25 tahun itu kelak adalah semestinya ingin memberi cucu buat orang tuanya untuk ditimang selain bagi diri sendiri adalah lebih kepada menyayangi diri sendiri.
“Keluarga: nak beri ibu bapa cucu untuk ditimang, untuk ukirkan senyuman menjadi penawar duka, begitu!
“Untuk diri sendliri: ingin lebih mengenali, menjaga, dan menyayangi diri,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Syada Amzah yang bergiat aktif mendendangkan cover lagu di media sosialnya adalah seorang bekas peserta program Big Stage musim kedua (BS2).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika dulu, pelajar Malaysia yang terpilih untuk ke luar negara bagi menyambung pengajian dilihat ‘takut’ untuk mengkritik kerajaan.
Bagi pemegang biasiswa yang berotak geliga ini, kelemahan yang ada pada pentadbiran Malaysia seharusnya ditegur agar ia tidak berterusan. Namun, rata-rata memilih untuk berdiam diri dan memerhati kerana takut dilabel sebagai pengkritik kerajaan.
Mereka juga takut jika terlalu terbuka dalam memberi pendapat, silap hari bulan biasiswa pun boleh ditarik balik.
Budaya ‘sit and stare’ seperti ini ingin ditolak oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang baru saja pulang dari London. Tegas beliau, budaya ini tidak lagi boleh dipakai kerana kerajaan baru ingin mendengar maklum balas serta pandangan anak muda seperti mereka agar Malaysia boleh terus ke depan.
Foto: Astro AWANI
Dalam pertemuan bersama 50 orang pelajar dan pegawai di London semalam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana, Syed Saddiq ingin mengembalikan semula suara pelajar dengan mengumumkan akan menubuhkan satu ‘global network’ bagi pelajar-pelajar Malaysia.
Global network ini umpamanya adalah seperti WhatsApp Group, dalam bahasa ringkas. Kalau di Malaysia, ia umpama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di IPT.
Foto: Astro AWANI
Global Network membolehkan mereka berinteraksi walaupun jarak memisahkan pelajar. Selain itu, ia juga adalah saluran tepat bagi pelajar Malaysia di luar negara menyuarakan pandangan atau memberi cadangan kepada kabinet beliau.
“Rakyat Malaysia di luar negara terutamanya golongan pelajar berbiasiswa juga telah membantu mengubah sejarah Malaysia baru-baru ini. Jadi, walaupun mereka tak berada di tanah air, suara anak muda (di sana) masih perlu diberikan perhatian,” kata beliau.
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...