
Di sebalik kemenangan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2018/2019, ada kisah sisi lain yang harus korang tahu mengenai Haneesya Hanee Sayed Sahlan.
Isu warna kulit agak gelap yang mana agak cliche bagi individu yang merasakan berkulit putih lebih cantik pernah membuatkan Haneesya menangis.
Menurut ibunya, Norhasnida binti Hassan, 47 isu warna kulit anaknya sudah bermula ketika anaknya di sekolah rendah lagi.
Biar terluka tentang isu warna kulit namun bila anaknya diejek termasuk kawan-kawan pernah meletakkan perkataan arang di atas meja anaknya yang kemudian menangis pulang dari sekolah tapi Norhasnida sentiasa memberi galakan buat anaknya.
Percaya atau tidak, sebagai ibu Norhasnida sanggup menjemur dirinya di tengah panas agar kulitnya menjadi gelap.
“Ini pengorbanan yang saya lakukan. Saya tak sanggup tengok anak menangis bila balik dari sekolah,” katanya memaklumkan isu warna kulit juga dihadapi anaknya ketika memasuki sekolah menengah hingga ke hari ini.
Menjelaskan berbangga dengan kejayaan anak sulungnya dinobat sebagai Dewi Remaja 2018/2019 jelas Norhasnida kejayaan anaknya ini adalah kejayaan bagi remaja yang sama seperti anaknya.
Malah untuk menginspirasikan anaknya jelas Norhasnida, dia menjadikan kejayaan Tyra Banks dan mereka yang berkulit gelap lain sebagai inspirasi.
So korang semua, tak kisahlahkan warna kulit. Paling penting korang boleh buat apa saja asalkan berbakat.
Kalau Haneesya Hanee boleh buat, korang juga boleh..
“Saya Suka Berkawan Dengan Orang Tua”, Rasya Dean

Amat jarang menemui anak muda yang boleh berbual mesra dengan golongan tua. Mungkin pada pandangan mereka, orang tua sudah “out of date”, “tak chill” dan mungkin juga tak reti hendak berbicara topik apa. Anak muda sekarang lebih senang mengadap telefon bimbit dan mengambil sikap tak peduli.
Berbeza dengan Rasya Sofea bin Mohamed Nasurdin, seorang dari finalis Dewi Remaja bagi tahun 2018/2019 yang mengakui dia amat suka berkawan dan bergaul dengan golongan lebih tua usianya.
Mahu dikenali sebagai Rasya Dean dalam pertandingan Dewi Remaja, jelas Rasya dia amat senang sekali jika dapat merapati mereka yang lebih berusia.
“Bila berbual dengan mereka, banyak kisah-kisah kehidupan lalu dapat dipelajari. Rasya juga suka mencungkil kisah-kisah lama mereka. Kalau dapat kenal kawan-kawanmama, makcik-makcik sebagainya lagi Rasya suka. Lagi pun Mama selalu berpesan, bila kita bertemu golongan lebih tua, jangan hendak bercerita siapa diri kita sebaliknyadengar cerita mereka kerana golongan tua ini lebih banyak makan garam dan lebih lama pengalaman hidupnya.
“Bagi Rasya peluang dan mengenali golongan ini menjadikan diri Rasya lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan,” kata penuntut tahun dua semester enam pengajian Bachelor In Law & Commerce di Management & Science University (MSU), Shah Alam.


Jelas Rasya lagi, dia boleh duduk berjam-jam bila berbicara bersama mereka yang lebih dewasa kerana begitu tertarik dengan kisah lama mereka.
“Banyak topik kami bualkan dan Rasya sangat seronok melalui kehidupan berbeza dengan remaja lain yang mungkin tak suka berbual dengan orang tua,” katanya sambil ketawa.
Minat kepada golongan lebih dewasa membuatkan anak gadis dari lima beradik kesemuanya perempuan ini menyukai lagu-lagu lama seperti nyanyian Puan Sri Saloma, Tan Sri P Ramlee, Tan Sri SM Salim, Datuk Sharifah Aini dan sebagainya.
“Rasya boleh menyanyi lenggok bahasa lagu-lagu lama ini. Ramai kawan-kawan akui suara Rasya sesuai nyanyi lagu begini,” katanya yang terus mendendangkan lagu Mengapa Di Rindu nyanyian Puan Sri Saloma. Disebabkan lagu tersebut yang di chorusnya berbunyi “anak punai anak merbah”, jelas Rasya, dia dipanggil anak punai oleh rakan-rakannya.
Jom dengar Rasya nyanyi lagu yang ada sebut Anak Punai
Mengakui mampu membawakan lagu tradisional dan moden kontemporari, Rasya juga amat berbakat dalam tarian Bollywood. Mungkin semasa zaman sekolah dia merupakan penolong kepada cheer leader sekolahnya, SMK Convent Bukit Nanas, Rasya akui bakat menari itu masih ada sehingga kini.
Ditanya benarkah cheer leader sering dianggap budak-budak gedik di sekolah, Rasya tak nafikan gelaran tersebut tetapi jelasnya, dia tidak pernah dianggap gedik oleh kawan-kawannya.
“Memang ada dengar orang cakap begitu tapi Rasya tak pula. Mungkin sebab masa sekolah Rasya boleh masuk mana-mana, budak lelaki boleh, budak perempuan boleh, jadi tak adalah gelaran macam tu,” katanya sambil ketawa.
Memiliki darah campuran France kerana sebelah bapanya berdarah France + Siam + Cina manakala sebelah ibunya, berdarah Arab Parsi + Baba Nyonya + India, Rasya akui ‘ biar diet bagaimanapun bentuk badannya akan kelihatan berisi. Bukan kerana dia banyak makan tetapi bakanya sudah begitu.
“Sebelum ini Rasya ada masuk Celebrity Fitness, ikutkan berat Rasya sebelum ini 64 kg. Lepas tu dan turun ke 60 kg. Sekarang ini menjadi 55 kg yang mana berat ideal Rasya sepatutnya 57 kg sahaja. Maknanya Rasya dah under weight. Berbanding Dewi yang lain, mungkin Rasya yang nampak berisi kot,”katanya memaklumkan mana-mana gadis yang mempunyai badan berisi jangan sesekali berasa terpinggir kerana tiada apa beza dengan mereka yang kurus.
“Rasya sudah alami dan Rasya sudah buktikan melalui pertandingan Dewi Remaja ini. Semua orang boleh buat, boleh nampak cantik asalkan mereka berusaha,’ katanya lagi.
Ditanya harapannya dalam pertandingan berprestij ini, jelas Rasya, seperti mana peserta lain yang bertanding, dia juga mahu membuktikan dirinya boleh berjaya. Rasya mahu jadi ikon kepada golongan remaja dan kalau boleh ia satu platform untuk Rasya memasuki dunia politik. Rasya sukakan dunia politik dan menganggap ia satu cabaran buat diri sendiri,” jelasnya.
Fun & Chill! Finalis Dewi Remaja Cuba Semua XTVT Di Tadom Hill Resorts, Korang Tak Nak Cuba Ke?

Hokay! Hujung minggu niekan, kalau bosan nak jalan-jalan ke kompleks beli belah apa kata lencongkan perjalanan korang untuk nikmati suasana kampung dan alam semulajadi.
Dekat ajer pun, tak jauh mana. Hanya lebih kurang 45 minit perjalanan di ibu kota untuk sampai ke Tadom Hill Resorts, Banting. Tempat percutian dan banyak aktiviti ini memang dah lama viral tau. Dah ramai orang tahu sebabnya tempatnya memang best sangat-sangat.
Lebih best lagi, finalis Dewi Remaja pun dah bermalam di situ. Siap tidur dalam khemah dan join melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain ATV, terjun dalam tasik, bersengayut macam kita kecil-kecil dulu dan macam-macam aktiviti lain.





Nak balik hari boleh, nak bermalam di sana pun boleh. Bagi balik hari kosnya bermula dari RM20 ke atas sementara yang nak tidur dan menikmati angin malam yang sejuk serta pemandangan yang indah, ada macam-macam versi harga. Tak adalah mahal mana pun, kalau korang datang dengan kawan dan kongsi ramai-ramai rumah tu, harga tak sampai pun RM100 bagi seorang.
Jom kita tengok apa yang best sangat di Tadom Hill Resorts ini.
First kita tengok tempat penginapan dulu.






Orait, dah habis pilih rumah. Apa kata korang tengok apa aktiviti yang boleh buat di sini. Gerenti meletopsss.

Sebelum BBQ tu, belah petang boleh try aktiviti nie. Ada aktiviti air dan darat, ATV ride, Tadom Flying Fox, team building dan banyak lagi.


Apa lagi boleh buat ya?



So, dah tahukan mana nak pergi hujung minggu ni.
Pembaca Berita, Hos Rancangan Live Antara Cabaran Episod 6 Dewi Remaja, Ini Pendapat Juri Fara Fauzana

Isi Kandungan
ToggleEpisod keenam Dewi Remaja 2019 pada minggu lalu telah memberi cabaran kepada 7 orang finalis yang masih bertanding.
Masakan tidak, hampir separuh daripada mereka ingin bergelar pengacara selepas tamat pencarian. Itulah antara misi mereka ketika menyertai ujibakat dahulu.
Namun, siapa sangka kesemuanya perlu melakukan tugasan rancangan berbeza di platform Astro! Ada yang perlu mengacarakan segmen secara live, ada yang perlu menjual produk dan ada juga yang perlu membaca berita.
Siapa lakukan yang terbaik di mata juri minggu ini; Scha Alyahya dan the one and only Fara Fauzana, jom lihat!
*
SYAMIRA
Rancangan MeleTOP
.
Fara : Sebagai seorang pengacara yang mempunyai tetamu, kamu kena pandai menyeimbangkan peluang bercakap. Walaupun ada Radin di sebelah ketika di restoran tersebut, saya lihat kamu saja yang cuba untuk conquer segmen hingga saya pula yang kasihankan Radin.
Kita kena hormati tetamu.
Seperkara lagi, energy awak bagus. Cuma percakapan kamu terlalu pantas, perlu baiki cara penyampaian yang menyelesakan penonton.
*
AMANDA
Rancangan Era.je
.
Fara : Radio memang dekat di hati saya. Saya tak rasakan Amanda ada banyak masalah, malah awak bertuah kerana segmen ini membolehkan awak menonjolkan bakat nyanyian. Cuma bila kita mengacarakan segmen bersama dua lagi deejay, awak perlu pandai dan pantas mencari peluang untuk turut serta dalam perbualan. Bila bercakap, perlu saling memandang walaupun tiada pendengar yang pandang. Barulah senang untuk mewujudkan ‘chemistry’ itu.
Scha : Ya saya nampak awak sebagai artis jemputan, bukannya deejay semasa di Era.je. Not bad, tetapi boleh lakukan lebih baik.
*
SHAZA
Rancangan Maharaja Lawak Mega Live +
.
Fara : Bila awak kata yang ini adalah kali pertama awak mengacara secara live, saya terkejut kerana bukan mudah to do what you did. Energy yang awak berikan kepada rakan pengacara, Shiha Zikir amat bagus.
Scha: Saya tahu awak ada kelebihan dalam bidang pengacaraan. Tidak banyak cacat cela.
*
ASH
Rancangan HLive
.
Fara : Sebagai penonton tadi, saya tak nampak awak nervous ketika di set. Cuma bila awak sedang menemuramah kumpulan Zero dalam klip MLM, awak nampak sangat gugup. Mungkin kerana awak diletakkan on-the-spot dan awak tak bersedia untuk bertanyakan soalan kepada pelawak. Seperti hendak menangis pun ada. Sebagai pengacara kita perlu berani, strong terutamanya sebagai pengacara perempuan di hadapan jemputan lelaki.
Perlu belajar lagi untuk control situasi.
*
DIAN
Rancangan Gegar Vaganza Live +
.
Fara : Menjadi seorang yang energetic tak semestinya memerlukan pengacara menjerit pada kamera. Bukan mudah untuk menjadi pengacara rancangan live seperti ini, namun sekali lagi seorang pengacara perlu control situasi. Perbualan dalam earpiece dan bersama Floor Manager di sebalik kamera tak harus visible kepada penonton. Mereka tak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Apa yang mereka ingin tahu adalah info daripada kamu dan artis jemputan.
Scha : Saya faham situasi awak. Dalam rancangan live kadangkala kita perlu melajukan percakapan kerana kita sedang dikejar masa. Cuma kita kena pandai menyelesakan diri.
Saya pun masih belajar untuk bulatkan perkataan bersama Awal. This is a continuous learning process untuk mana-mana pengacara.
*
NYNAA
Rancangan GoShop
.
Fara : Bila mengacarakan segmen jualan seperti ini, seorang pengacara perlu ketahui semuanya tentang produk yang ingin dijual. Apa yang awak lakukan adalah agak basic bagi saya. Di Go Shop, awak perlu tampil lebih chirpy, perlu ada semangat untuk menjual. Mungkin kerana awak sedang menghafal, jadi kelihatan seperti takut-takut dan terlalu careful.
.
.
.
ADRIANA
Rancangan Astro Awani
Fara : Awak diberikan 2 situasi, satu semasa menjadi stand upper dan satu lagi sebagai pembaca berita di set Astro Awani. Semasa menjadi stand upper, awak nampak gugup. Tetapi bila muncul klip sebagai pembaca berita, saya sangat sukakan intonasi suara awak. Walaupun nampak yang awak sedang membaca namun persembahan awak bagus.
Scha : Pada awal bacaan berita, awak memang wow. Hanya bila tiba pada bahagian akhir, awak mula nampak rushing dan tidak selesa. Anyway good job!
.
.
.
Semakin lama, semakin sengit prestasi finalis Dewi Remaja 2019 yang masing-masing sedang inginkan gelaran tersebut.
Namun keputusan penyingkiran harus dilakukan dan finalis yang tersingkir pada minggu ini ialah Aishah Azhan ataupun Ash.
Finalis yang juga merupakan pelajar Perakaunan itu turut berpendapat keputusan yang dibuat adalah adil dan tepat. “Ini adalah kali pertama Ash mengacara, but the same goes for most of us. Jadi persoalan pada minggu ini adalah sama ada kami dapat mengadaptasi dengan situasi mengacara secara pantas atau tidak. Ash rasakan Ash boleh lakukan dengan lebih baik dan ini bukanlah pengakhiran untuk saya.
“Ash akan terus berusaha memperbaiki potensi dan prestasi pada masa hadapan. All the best to the other girls!”katanya yang dianggap sebagai salah seorang finalis bijak pada musim ini.
.
.
.
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan sebelum 25 Disember 2019 ke remaja@ideaktiv.com.
Print.
SOALAN EPISOD 6
1. Apakah nama rancangan yang diberikan kepada Adriana Ghafar dan Syamira Izzati?
2. Siapakah mentor dan juri finalis Dewi Remaja semasa cabaran mini menyiapkan vlog di awal episod?
3. Selain Ash, namakan seorang lagi finalis yang turut berada di kedudukan Bottom 2 pada minggu ini.
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 25 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 7 (Separuh Akhir) minggu hadapan!