Hiburan

Anak Gadis Aleza Shadan Cantik & Bijak, Kini Ceburi Bidang Penerbangan!

Share

Siapa sangka, pelakon Aleza Shadan miliki anak gadis yang cantik, bijak dan membanggakan!

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Gadis Natasha Hudson Tarik Perhatian, Macam Kakak Adik Je!

Walaupun sudah lama aktif dalam dunia lakonan dan kerap muncul dalam drama bersiri di televisyen yang penuh dengan kesan, namun tidak ramai yang tahu cerita sebenar tentang Aleza Shadan atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan, berusia 46 tahun. Terutamanya mengenai keluarga dan anak-anaknya.

Perkongsian pelakon jelita ini yang memuat naik gambar anak perempuan sulungnya di media sosial baru-baru ini meraih perhatian peminat dan warga maya.

Mana tidaknya, bukan hanya mereka bangga melihat kejayaan anak selebriti berkenaan yang berjaya menceburi bidang penerbangan. Malah, rupa paras gadis bernama Elissa Haziqah itu turut mendapat pujian.

Rata-rata peminat aktres drama My Famous Ex-Boyfriend ini beranggapan Elissa mewarisi kecantikan ibu tersayang.

Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan

Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan Aleza dan suami tercinta di samping anak tersayang di Malaysian Flying Academy.

“Alhamdulillah. Ummi dan ayah always pray for you Ellisa. Semoga apa di cita tercapai. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak dan adik.”

Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan

Selain Ellisa, Aleza atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan turut mempunyai seorang lagi anak Perempuan iaitu Elliana Hazirah.

Melihat wajah puteri kesayangan Aleza, tak hairanlah kedua-duanya cantik. Tengok saja ibu mereka yang tetap anggun dan bergaya biarpun sudah meniti usia 48 tahun. Kalau bergambar dengan anak-anak nampak macam adik-beradik.

Moga kejayaan Ellisa menjadi ikutan remaja di luar sana dan menjadi kebanggaan ibu bapa.

BACA LAGI : Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber kredit: Photo by Kristina Nor from Pexels

 

IKLAN