Anak Gadis Berjaya Tamat Hafazan, Norman Hakim Luah Rasa Syukur

Share

Raut wajahnya cukup manis kalau dipandang. Marissa Dania Hakim, anak gadis kepada Norman Hakim ini bukan saja memiliki kecantikan luaran, malah personalitinya juga wajar dijadikan contoh kepada anak muda hari ini.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, bekas juara Hero Remaja 1993/94 ini telah pun mendapat jemputan daripada pihak sekolah anaknya untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa Ke-6 bagi meraikan Dania yang berjaya menamatkan hafazan dan sekaligus menerima anugerah pada majlis tersebut.

Norman Hakim turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan yang diraih anak perempuannya ini di laman Instagram.

Abby Abadi juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Marissa Dania. Sejuk perut ibu mengandung kan.

Lebih membanggakan lagi, Abby menjelaskan bahawa kata Ustazah, Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat menghafal 160 bait itu dalam masa empat hari.

Congrats Dania!

Kejayaan ini sudah pasti membuatkan kedua orang tua gadis berusia 13 tahun ini bangga dan secara tak langsung menjadi inspirasi buat anak muda dan ibu bapa di luar sana untuk menjadikan keluarga ini sebagai contoh terbaik.

Kami pun memang adore dengan keakraban dua keluarga ini dalam mendidik anak-anak mereka. Semoga keluarga ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sumber: Instagram Norman Hakim & Abby Abadi

Published by
Noor Ain Norman