Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis berusia 19, Ðo Thi Hà yang berjaya mendapat gelaran Miss Vietnam 2020 dan akan mewakili negara itu di pentas Miss World 2020.
Berasal dari kota Thanh Hoa, Ðo Thi Hà yang mempunyai ketinggian 172cm merupakan pelajar tahun kedua di National Economics University. Apa yang menariknya tentang gadis ini, dia merupakan anak kepada petani dari luar bandar dan Ha juga pernah bekerja sebagai penggembala lembu, selain daripada melakukan pekerjaan yang berkaitan dengan dunia fesyen.
Sewaktu pertandingan akhir Miss Vietnam 2020, dia diajukan soalan “Jika anda menjadi Miss Vietnam 2020, adakah anda rasa anda merupakan role model kepada anak muda?”
Dia menjawab ringkas, “Saya rasa saya membawa semua elemen-eleman gadis Vietnam yang diperlukan dan mencukupi. Sama ada saya akan menjadi teladan kepada anak muda atau tidak, saya harus sentiasa memberi inspirasi kepada orang muda dan saya akan melakukannya,” jawabnya.
Dengan keyakinan yang dimilikinya, Do Thi Ha akan terus cuba untuk melakukan terbaik dan menarik perhatian penonton melalui persembahan terbaiknya. Dia juga akan tampil di pentas Miss World 2020 dan berjanji akan membuatkan masyarakat Vietnam bangga.
Semoga kejayaan Do Thi Ha menjadi inspirasi masyarakat dunia untuk tidak berputus asa walaupun tidak datang dalam keluarga yang senang. Usaha tangga kejayaan, gadis Vietnam ini telah buktikan segalanya.
Sumber: angelopedia