Sekian lama bermastautin di Montreal Kanada bersama keluarganya, pelakon terkenal era-90an serta bekas finalis pencarian Dewi Remaja kedua pada 1987/1988 iaitu Azah Aziz telahpun berkesempatan pulang ke Kuala Lumpur.
Kemunculan Azah di sini tidak keseorangan apabila dia ditemani tiga orang anak terunanya yang mewarisi rupa paras ibu bapa mereka.
Menariknya sewaktu mereka menjamu selera bersama-sama keluarga pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah di Hartamas baru-baru ini; Azah telahpun mencabar anak-anaknya itu untuk mencuba makan cili padi mentah!
Azah bersama rakan karibnya yang juga merupakan pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Menerusi hantaran video di Instagram Shiera, Aaron, 23; Ryan, 16 dan Justin, 13 tidak mudah melatah apabila dicabar sebegitu rupa oleh bapa mereka, Daud Leroy Abdullah.
“Saya rasa taktik saya adalah untuk menelan terus tanpa cili ini menyentuh mulut saya,” kata salah seorang anak Azah.
Ads
Daud yang melihat anak Shiera mengigit cili padi tanpa sebarang masalah kemudian mendorong Aaron dengan berkata, “Jika dia (seorang budak perempuan) boleh lakukannya, kamu pun boleh.”
Aaron, Ryan dan Justin terus menyahut cabaran terpaksa menahan rasa pedas cili padi yang fuh.. menyengat!
Kini, mereka sekeluarga telah ke Bali Indonesia pula untuk meluangkan masa bercuti di sana.
Untuk pengetahuan, perkahwinan Azah Aziz dan suaminya yang berbangsa Inggeris, Daud berkekalan selama 27 tahun. Setelah mengikat tali perkahwinan, Azah mengikut suaminya menetap di Montreal, Kanada.
Azah Aziz juga merupakan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 1987/1988 yang dimenangi oleh Aleeza Kassim. Turut ada bersama mereka pada edisi kedua itu ialah bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati dan Che Puan Datin Mimi Wahedah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang satu hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke pentas akhir Pencarian Dewi Remaja 2019 malam esok. Pastinya kesemua finalis berdebar untuk merebut takhta juara dan ingin melakukan sehabis baik bagi tidak menghampakan penyokong mereka semua.
Bertempat di Visual Three Studio Seri Kembangan, malam final Dewi Remaja 2019 akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) selama satu setengah jam, iaitu 30 minit lebih panjang berbanding tujuh episod terdahulu.
Tapi, sebelum itu korang boleh menyaksikan laluan karpet merah di Facebook Live Remaja bermula jam 8.30 malam yang dibawakan oleh rakan telekomunikasi Dewi Remaja, redONE.
Antara selebriti yang akan mewarnai karpet merah malam esok adalah alumni Dewi Remaja, Pushpa Narayan, Ramona Zam Zam, Datin Rebecca Nur Al-Islam, Aleeza Kasim, finalis Hero Remaja 2017 dan ramai lagi.
Dihoskan oleh Safwan Nazri bersama finalis Dewi Remaja yang lepas, Zeera Azizi, pembukaan karpet merah pastinya meriah dengan temubual bersama barisan selebriti tanah air.
Seperti yang diperkatakan oleh hos, Scha Al-Yahya semalam pada akhir episod kelima program Dewi Remaja 2018/2019, momen penyingkiran tersebut adalah antara yang paling mengejutkan.
Bagi korang yang belum menonton episod semalam, BEWARE OF SPOILERS! Korang masih boleh menonton kembali tayangan ulangan pada hari Rabu ini jam 10.30 malam di Astro Ria & Ria HD.
Tetapi bagi korang yang sempat menonton episod kelima semalam, pemenang cabaran mengacara dalam bentuk Vlog telah dimenangi oleh *drum rolls*, Tia Sarah!
Congrats girls. Bagi korang yang tak tahu, Tia sebenarnya pernah mengacarakan sebuah rancangan kanak-kanak berbahasa Inggeris iaitu Lava Kids semasa masih kecil. Tetapi baginya, itu bukanlah tiket untuk kemenangan semalam selepas diadili oleh juri tetap, Dato’ Hans Isaac dan juri jemputan, Sherry Al-Hadad.
“Tia sebenarnya tak sangka pun boleh memenangi gelaran Dewi GoShop ini. Selama ini, Tia boleh host atau bercakap di hadapan orang ramai dengan cara yang kelakar serta ceria. Rasa malu tu taklah terlalu menebal.
“Tetapi bila dipanggil sebagai pemenang di Dewi Remaja minggu ini, Tia sangkakan, Rasya, Ernisha atau Aween akan memenanginya kerana masing-masing hebat bercakap di hadapan kamera di dalam Bahasa Malaysia.
“Lain pula jadinya apabila Rasya, Ernisha dan Lydia tersingkir. Tia akui memang terkejut pada sesi penyingkiran sehingga Tia terfikir untuk berikan title Dewi GoShop itu kepada salah seorang untuk menyelamatkan mereka. Mungkin ini adalah adat pertandingan, I’m just not used to having my girls getting eliminated.
“Lydia selalu temani Tia di dalam bilik, Rasya pula selalu memanggil Tia ‘Cinta Hati’. Ernisha pula bagi Tia sangat kuat dan mempunyai hati baik sepanjang pertandingan ini. I admire all three of them,” tambah Tia sebelum menambah, “Vila Dewi tak akan menjadi sama lagi seperti awal-awal dulu.”
“Apapun, Tia masih berterima kasih kepada Go Shop serta juri yang memberikan kritikan penting semasa penyingkiran tadi. Tia yakin korang akan nampak sisi Tia yang lebih yakin lagi pada episod keenam minggu hadapan.’
All the best Tia & tujuh lagi finalis lain!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod separuh akhir pencarian Dewi Remaja 2019 telahpun berlangsung semalam dan ada di kalangan finalis kegemaran ramai telahpun mara ke peringkat finale!
Menerusi siaran di Astro Ria dan Ria HD itu, 6 orang finalis telah diberikan cabaran berupa 2 penggambaran fesyen yang agak mencabar. Selain itu, mereka juga terlibat dalam satu sesi Corporate Social Responsibility (CSR) dengan tujuan untuk kesedaran haiwan dan alam sekitar.
Bertempat di Kuala Gandah Elephant’s Sanctuary, Pahang, mereka berenam telah melibatkan diri dengan aktiviti bersama gajah yang dibantu dan dipelihara secara terkawal.
Ada di antara gajah yang ditempatkan di sana merupakan spesis yang terpisah dengan kumpulan gajah lain. Ada juga yang memerlukan bantuan kerana kecederaan di bahagian kaki hingga perlu memakai kaki palsu.
Shaza, Adriana , Dian, Nynaa, Syamira dan Amanda masing-masing mengakui tak kekok untuk melakukan aktiviti tersebut walaupun ada di antara mereka yang baru melakukannya buat kali pertama.
“Kandang tempat mereka menetap langsung tak berbau. Mungkin ia kerana diberikan makanan buah-buahan dan dan bahan semulajadi. Ia mengawal pencernaan gajah dan membantu pembesaran mereka,” kata Shaza.
Namun sebelum mereka melakukan aktiviti tersebut, kesemuanya sempat untuk menyapu rata krim perlindungan matahari Daily Defender daripada Nuvit Malaysia yang mempunyai perlindungan SPF 50+ daripada sinaran terik matahari.
*
Akhirnya momen penentuan siapa yang bakal bertarung di finale tiba juga. Satu-persatu nama dipanggil secara rawak, bermula dengan Shaza Bae, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda dan Adriana Ghafar.
Apabila tiba masa untuk mengumumkan finalis terakhir di antara Syamira Izzati dan Dian Fernandez, juri tetap Yusry Abdul Halim baru saja ingin mengumumkan nama kelima.
Namun, korang hanya boleh mengetahuinya semasa rancangan MeleTOP yang akan bersiaran secara langsung pada hari Selasa ini jam 9.00 malam di Astro Ria & Ria HD.
So siapa yang bakal ke finale? Komen di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...