Usahawan dan pempengaruh terkenal, Liana Rosli yang lebih mesra dengan panggilan Kak KM dalam kalangan pengikutnya berkongsi mengenai keadaan anaknya, Nabila Razman yang kini diwadkan di sebuah hospital swasta di ibu kota; hanya dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Kak KM dalam hantaran di Instagram Story awal pagi tadi, Nabila, 21 yang juga merupakan anak sulungnya daripada empat beradik telah mengalami kecederaan akibat kemalangan.

“Dekat Prince Court nak tengok Kakak Nabila. Dia main go-cart lepas itu dia accident. Jari dia patang. Lepas tu sekarang dia warded,” kongsinya.

BACA: Anak Sulung Kak KM Berjaya Tamat Pengajian Di Universiti Malaya! – Remaja

Anak Kak KM Terpaksa Diwadkan Dua Minggu Sebelum Beraya Selepas Insiden Bermain Go-Kart  Anak Kak KM Terpaksa Diwadkan Dua Minggu Sebelum Beraya Selepas Insiden Bermain Go-Kart

Ads

Usahawan berkenaan kemudian memperbetulkan informasi mengenai kecederaan yang dialami Nabila di mana dia sebenarnya mengalami tulang patah pada bahagian bawah jari di lengan kiri.

Nabila juga difahamkan mungkin terpaksa menjalani pembedahan bagi proses rawatan.

“Dari tadi boleh menari-nari. Kau drama yang paling kuat sekali!” seloroh Kak KM.

Ads

Biarpun terkejut dengan insiden berkenaan, Nabila dilihat masih boleh menceriakan dirinya apabila seluruh ahli keluarganya hadir ke bilik wad itu termasuklah ayahnya Razman Ramli dan tiga adik beradik lain iaitu Faris, Rania dan Cinta Carissa.

Turut kelihatan di situ ialah teman lelaki Nabila yang dikenali sebagai Rizz.

BACA: ‘Followers’ Tercengang Lihat Kak KM Hadiahkan Beg Mewah Kepada Kekasih Anak, “Terima Kasih Aunty, I Love You…” – Remaja

Ads

Anak Kak KM Terpaksa Diwadkan Dua Minggu Sebelum Beraya Selepas Insiden Bermain Go-KartAnak Kak KM Terpaksa Diwadkan Dua Minggu Sebelum Beraya Selepas Insiden Bermain Go-Kart

Semoga Nabila akan pulih dengan segera ya!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI