Bukan mudah untuk menggayakan teknik bola sepak gaya bebas atau free style kerana ia memerlukan bakat, kreativiti dan kemahiran kawalan bola.
Malah, seseorang itu perlu memberi sepenuh tumpuan selain menjalani latihan demi latihan untuk memahirkan diri, sekali gus menuntut pengorbanan besar.
ARTIKEL BERKAITAN : Ramai Tidak Tahu ‘Run Star Trainer’ Campurkan 20 Rekaan Asal Converse Dalam 1 Kasut Ini
Namun, penat lelah itu berbaloi apabila bakat itu semakin diiktiraf bukan sahaja di peringkat tempatan, malah antarabangsa.
Anak kelahiran Kelantan, dari Kampung Manal, Tanah Merah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila aktif bertanding dalam sukan bola sepak gaya bebas sejak lapan tahun lalu.
Zulhilmi Zuaswa, 21, baru sahaja pulang daripada menyertai kejohanan dunia bola sepak gaya bebas di Turin, Itali selama seminggu yang berakhir Sabtu lepas.
“Sebelum itu saya perlu bertanding di peringkat Asia di Jakarta dan dipilih sebagai empat peserta terbaik Asia Pasifik daripada 60 peserta lain,” katanya.
Bercerita mengenai penglibatannya, kata Zulhilmi, segalanya bermula ketika dia berusia 13 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah agama di Tanah Merah.
“Ketika itu saya hanya menonton video di platform media sosial dan mencubanya sebelum mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya dalam sukan ini.
“Saya mula belajar menimbang bola dan memberanikan diri menimba pengalaman dengan menyertai kejohanan ‘freestyle’ pertama di Kuala Lumpur,” katanya.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, mula menyertai kejohanan dunia pada usia 15 tahun di Poland.
Tahniah Zulhilmi , moga terbang terus tinggi di persada yang diceburi dan mengharumkan nama Malaysia!
BACA LAGI : Fattah Amin Makin Laris! Kini Membintangi Video Muzik Aina Abdul Pula
Sumber : Kosmo
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.