Dengan sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Elyssa Alia Illias dalam sebuah majlis akad nikah di Puchong, Selangor sekitar pukul 9.17 pagi tadi.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen sambil disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dan hampir 100 orang hadirin dengan mas kahwin RM300.
Dalam majlis tersebut juga, pihak pengantin lelaki telah menghantar tiga dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang. Begitupun, kedua-dua pihak keluarga memilih untuk merahsiakan wang hantaran.
Ketika ditemui oleh pihak media, Aizat menyifatkan perkahwinan mereka pada hari ini sebagai fasa permulaan baharu. Setelah sekian lama peminat dan media bertanyakan soal jodoh kepada Aizat, kini semuanya terjawab juga.
Ads
Beralih ke soal perancangan berbulan madu pula, Aizat berkongsi impian mereka berdua untuk ke Tulum, Mexico.
“Saya ada angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.
“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan alang-alang di sana akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.
Ads
Terdahulu, Aizat, 33 dan Elyssa, 34 telah saling mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang setelah acara merisik dilangsungkan pada bulan Februari.
Atas dasar cinta terhadap bakal isterinya pada waktu itu juga, Aizat telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Hanya Kita Dua untuk dedikasikan kepada isterinya.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Aizat & isteri. REMAJA doakan agar tali perkahwinan akan berkekalan hingga ke penghujung hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan baharunya, Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di platform Threads. pasangan tersebut difahamkan mengambil keberkatan bulan Syawal kali ini untuk bergelar suami isteri yang sah bertempat di kediaman Jofliam.
Menariknya, bukan hanya warganet yang mengambil maklum akan penyatuan merpati dua sejoli tersebut tetapi juga bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal.
Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud menerusi entri terbaru di Instagram dilihat seolah-olah menyindir usahawan piza itu dan isteri baharunya dalam bentuk ‘ucapan tahniah’.
“Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan, “Tahniah Han dan Yuki dapat bibik baru.
“Untuk Qurqy (panggilan buat Dewi), good luck melayan tantrum abiang (panggilan buat Jofliam).
“Jaga abiang elok-elok sebab abiang memang lemah dengan perempuan acah macam kau. Kalau takut abiang curang lagi, bolehlah sorok abiang dalam almari.
“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell.
“Sekian terima kasut,” coret Cik Epal.
Untuk pengetahuan korang, nama Dewi sebelum ini hangat akibat dituduh sebagai insan ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Jofliam yang terjalin sejak 1 Jun 2014.
Tidak lama selepas itu, Jofliam mengakui sememangnya sedang bercinta dengan Dewi dan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Setelah penceraian Jofliam dan Cik Epal selesai pada tahun lalu, timbul pula isu hak penjagaan dua orang cahaya mata mereka bernama Han dan Yuki yang dimuat naik sendiri oleh dua bekas pasangan berkenaan ke media sosial; lalu mengundang persepsi tidak manis dalam kalangan warganet.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan hos jelita, Amelia Henderson dilihat tampil berkongsi beberapa foto mesra dan ucapan ‘happy birthday‘ sempena ulang tahun kelahiran aktor popular, Aedy Ashraf di Instagram semalam.
Menerusi ruangan komen, Aedy turut mengucapkan terima kasih buat pelakon karya Pulau itu kerana mencipta kenangan indah bersamanya.
“Terima kasih untuk semua kenangan terindah,” komen Aedy ringkas.
Menjengah di ruangan komen yang sama, rata-rata rakan artis dan para pengikut merasakan pasangan ini sangat serasi dan sempurna antara satu sama lain selain mengucapkan ulang tahun kelahiran buat pelakon itu.
“You two perfect for each other! Happy birthday Dy,” komen pelakon Mimi Lana.
“Sekali dia kuarkan gambar dari simpanan dia, satu treller gula tumpah. Happy birthday Dy!! You two are so lucky to have each other,” komen seorang netizen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon Korea yang popular dengan rantaian drama seperti Vincenzo dan Descendants of the Sun, Song Joong Ki telahpun mengesahkan kisah percintaannya dengan seorang wanita bukan warganegara Korea setelah gosip hangat bertebaran sejak Hari Natal lalu.
Video serta foto menunjukkan mereka berdua sedang bercuti di kepulauan Bali, Indonesia. Sambil menyarungkan pakaian serba putih dan sepadan, wanita terbabit dilihat mempunyai ‘baby bump’ lantas membuatkan ramai percaya dia sedang hamil dengan bayi milik Joong Ki.
Penyebaran bukti-bukti tersebut telah memaksa agensi yang mewakili Joong Ki, High Zium Studio untuk ‘masuk campur’ dan mengeluarkan kenyataan pada hari ini.
Kata mereka, “Pelakon Song Joong Ki kini sedang mengenali seorang wanita dengan perasaan tulus. Kami berharap anda akan menyokong hubungan mereka.
“Sukar untuk mengesahkan mengenai perihal kehidupan peribadinya (mengenai khabar angin sedang mengandung) selain hubungan mereka ini. Kami menghargai sekiranya semua pihak tidak mengeluarkan sebarang laporan bersifat spekulasi yang tidak sahih.”
Biarpun tidak menamakan siapakah kekasih Joong Ki berkenaan, peminat telah mengorek segala info yang perlu diketahui mengenai wanita yang dicemburui ramai ini.
Katy Louise Saunders.
01
Benar, beliau bukannya berdarah Korea. Sebaliknya, wanita yang dikenali sebagai Katy Louise Saunders ini berketurunan Inggeris (sebelah ayah) dan Columbia (sebelah ibu). Katy berasal dari London dan dilahirkan pada 21 Julai 1984.
Ini menjadikan beliau setahun lebih tua daripada Joong Ki yang dilahirkan pada 19 September 1985.
02
Seperti Joong Ki, Katy pernah bergelar seorang pelakon namun tidaklah terkenal seperti rakan seangkatannya dan tidak seaktif dahulu. Antara projek yang pernah melibatkan Katy adalah filem-filem berbahasa Inggeris dan Itali seperti The Lizzie McGuire Movie, The Borgia, Third Person dan Welcome Home.
Katy dalam filem Los Borgia (2007).Babak filem Welcome Home (2018) bersama Aaron Paul.
03
Sewaktu membesar, Katy dan keluarga perlu berpindah di antara London dan Itali disebabkan tuntutan kerja ayahnya. Oleh itu, Katy telahpun bergelar pelajar di sekolah berbahasa Inggeris di Roma sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Bocconi University, Milan.
04
Jika korang ingin mencarinya di media sosial bagi kerja-kerja ‘stalking’, well, akaun media sosial Katy boleh dicari di Twitter (@katysaunders), Facebook (Katy Louise Saunders) dan Instagram (@katylouisesaunders). Bagaimanapun, Katy sudah tidak aktif memuat naik hantaran baharu sejak beberapa tahun lalu.
05
Pada 9 Disember lalu, media Korea Selatan dapat menghidu kehadiran Katy di samping Joong Ki sewaktu mereka tiba di Lapangan Antarabangsa Incheon dan foto-foto mereka telahpun dibidik oleh paparazzi di sana. Pada waktu itu, penggiat media di sana masih berteka-teki sama ada Katy ialah kekasih Joong Ki atau sekadar pegawai yang mengiringinya.
06
Status Katy sebagai wanita biasa yang tidak bergelar selebriti menjadikan beliau lebih ‘mysterious’. Tidak banyak petunjuk yang dapat diperolehi dalam arkib internet mengenainya. Cuma, fikiran peminat terus terarah kepada ucapan penerimaan trofi Daesang oleh Joong Ki di acara anugerah APAN Star bagi lakonannya dalam drama Vincenzo.
Song Joong Ki vince il premio DAESANG🏆 per il drama Vincenzo all’APAN STAR AWARDS 😍😍
Selain berterima kasih kepada pasukan produksi drama terbitan Netflix itu, Joong Ki juga telah menyebut nama Katy, Nalla, Maya dan Antes. Nala merupakan anjing peliharaan Joong Ki manakala Maya dan Antes pula adalah anjing peliharaan Katy. Peminat berjaya membuat kesimpulan tersebut berdasarkan satu hantaran di Facebook Katy beberapa tahun lepas.
*
Ramai mula mengagak hubungan Joong Ki dan Katy ini sudahpun berlarutan melebihi setahun. Khabarnya, mereka diperkenalkan oleh rakan ‘mutual’.
Cuma hanya kebelakangan ini, Katy lebih terbuka di mata khalayak apabila kerap menemani teman lelakinya (giggles*) itu ke beberapa buah acara termasuklah semasa siding media drama Reborn Rich dilakukan di Singapura pada 7 Disember lalu.
Joong Ki semasa bertemu peminat di Singapura, awal Disember 2022.
Bukan hanya itu, Joong Ki juga dikatakan kini lebih selesa untuk memperkenalkan siapakah Katy kepada rakan-rakan produksi di set penggambaran melibatkannya. Aww..
**Nak cemburu.. but Katy Louise Saunders sounds like a lovely girl! Setuju?
Terdahulu, Song Joong Ki pernah berkahwin dengan rakan gandingannya dalam drama Descendants of the Sun (2016), Song Hye-kyo. Namun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2019 dan sejak itu, beliau lebih banyak menumpukan perhatian ke arah projek-projek filem serta drama hit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...