Skandal penganiayaan seksual yang melanda anakanda ketiga Ratu Elizabeth, Putera Andrew benar-benar menggoncang institusi Diraja Britain. Kes yang mula tular sekitar tahun 2019 ini menyaksikan mangsa, Virginia Giuffre tampil ke hadapan bercerita bagaimana dia telah dipaksa melakukan hubungan seksual dengan kerabat Diraja itu.
Menurut mangsa, dia dipaksa dan ‘dipinjamkan’ oleh Jeffrey Epstein untuk melakukan hubungan seksual tanpa rela bersama sahabat lelaki tersebut dan antara individu yang terlibat adalah Putera Andrew sendiri.
Virginia yang sekarang berusia 38 tahun mendakwa kejadian yang berlaku kira-kira 20 tahun lalu itu ketika dia berusia 17 tahun. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di rumah Eipstein yang terletak di New York dan juga Little James yang merupakan sebuah pulau peribadi milik hartawan itu.
Walaubagaimanapun Putera Andrew menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyatakan yang beliau tidak pernah bertemu dengan wanita tersebut apatahlagi melakukan hubungan seksual. Dakwaan tersebut memberikan kesan yang buruk dan mencalar imej keluarga Diraja Britain.
Ekoran itu, pada tahun 2019 Putera Andrew telah mengundurkan diri dari menjalankan tugas-tugas Diraja. Persahabatannya dengan Epstein juga menjadi faktor utama menyumbang kepada kes ini. Eipsten yang ditangkap pihak berkuasa telah membunuh diri pada tahun yang sama ketika di dalam penjara saat didakwa terlibat dengan kes pemerdagangan manusia.