Malaysia Boleh!
Syabira Yusoff dinobatkan sebagai pemenang rancangan realiti The Great British Bake Off musim ke-13 menjadikan dia peserta wanita pertama yang memenangi pertandingan itu sejak kali terakhir pada musim ke-8.
Wanita berusia 32 tahun ini menewaskan saingan sengit daripada Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30, dalam perlawanan akhir yang sangat sukar untuk ketiga-tiga mereka, terutamanya dari segi cabaran teknikal.
Setelah mengharungi cabaran yang mendebarkan, dan kemudiannya pengacara, Matt Lucus menyebut namanya sebagai pemenang, Syabira berkongsi perasaan bahawa kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar di dalam hidupnya.
Dalam pusingan akhir itu, ketiga tiga peserta perlu mengikut tema yang diberikan iaitu kelestarian. Digambarkan sebagai sebagai cabaran untuk meraikan bumi ini bermakna peserta yang tinggal dikehendaki menggunakan bahan-bahan yang hasil tempatan yang bersifat mampan.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyelidik Kardiovaskular Asal Malaysia Cemerlang Di UK, Jadi Peserta Kegemaran Rancangan Realiti Masakan
Memuji Syabira selepas kemenangannya, hakim Paul Hollywood berkata, “Beberapa perisa yang ditonjolkan tidak pernah ada dalam rancangan sebelum ini dan tidak mungkin ada lagi, dia seorang pembuat kek yang luar biasa.”
Manakala seorang lagi juri, Prue Leith pula memberi pendapat, “’Dia kreatif dan dia berhati-hati, dia berlatih bersungguh-sungguh dan memiliki imaginasi yang tinggi. Ternyata Syabira merupakan seorang pembuat kek yang sangat mahir.’
Syabira yang bermastautin ke United Kingdom sejak 2013 untuk menyambung pengajiannya ke peringkat tertinggi. Kini dia merupakan seorang Penyelidik Kardiovaskular di King’s College London. Dia mula belajar membakar kek dan pastri secara serius kira-kira dua tahun lalu sejak pandemik melanda dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.