Hasil usaha bersungguh-sungguh dan berkat doa serta berkat daripada ahli keluarganya, anak teruna kepada usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM telahpun memperolehi keputusan cemerlang 6A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Sebagai ibu kepada anak lelaki tunggalnya itu, tentunya Kak KM teruja meraikan anaknya itu. Menerusi muat naik di Instagram Story, Kak KM dan Faris dilihat berlinang air mata atas rasa syukur terhadap rezeki keputusan yang diperolehi pelajar Sekolah Menengah Setiabudi, Selangor itu.
Seperti dijangka, keputusan SPM 6A itu bukan satu-satunya ‘rezeki’ yang diterima oleh Faris.
Tidak lama selepas pulang dari mengambil keputusan SPM di sekolah, Kak KM membuat kejutan dengan menghadiahkan Faris sebuah kereta mewah dan satu cek bernilai RM10,000!
“Faris, sempena kejayaan abang.. First ini kereta.. (menghulurkan kunci kereta).. nombor dua.. ini dia (menghulurkan cek),” kata Kak KM yang terus dipeluk erat oleh anaknya itu dalam kegirangan.
Tentunya sebagai remaja berusia 18 tahun, Faris teruja dengan pemberian ibunya itu lantas menangis di bahunya. Kak KM juga dilihat berulang kali mengulang rasa syukurnya ke hadrat Ilahi atas kejayaan yang diperoleh Faris serta berkata, “Anak Mama pandai..” sebanyak beberapa kali.
Bagi Kak KM dan suami, inilah cara mereka menghargai usaha anak-anak yang telah melunaskan keinginan mereka melihat kesemuanya rajin belajar dan membesar menjadi insan berguna.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen cukup mencuit hati apabila rata-rata warganet mengesyorkan agar Kak KM mengambil mereka sebagai anak angkatnya. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira apabila melihat keakraban hubungan anak beranak itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.