Anak Muda Sila Alert! Earphone Boleh Sebabkan Pekak Kekal Pada Usia Remaja

Share

Takutnya..

Kalau orang tua pekak boleh la dimaafkan tetapi bagaimana kalau usia muda sudah pekak!

Just imagine geng, korang masih muda, masih perlu bekerja dan lakukan banyak aktiviti tapi semuanya terbantut sebab masalah pendengaran. Suspenkan.

Untuk remaja, sila jangan gunakan earphone dengan kerap dan kuat kerana secara perlahan-lahan, walau tidak menyakitkan tetapi korang akan cacat kekal kerana pekak. Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan, penggunan earphone agak kerap dan kuat akan mengakibatkan pekak kekal pada usia muda.

Kajian sains juga mendapati, mendengar melalui earphone dengan kenyaringan tinggi boleh menyebabkan kemampuan mendengar merosot. Hasil kajian dari penyelidik dari Committee on Emerging and Newly Identified Helat Risks mendapati risiko kehilangan pendengaran akan dirasai pada pertengahan usia 20-an.

Kajian itu turut mendapati, mendengar muzik melalui telefon juga menimbulkan kesan lain. Ini kerana muzik boleh mengasingkan pendengarnya dari khalayak ramai. Ini kerana mereka leka dengan bunyian muzik dan amat berbahaya jika dilakukan ketika memandu kerana pengguna tidak sedar keadaan sekeliling.

 

Mendengar earphone sumbat begini merisikokan lebih cepat pekak berbanding headphone kerana bunyi tepat masuk ke gegendang

Ini kerana telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20 kHz) dan jika lebih kuat dari itu, secara perlahan-lahan individu akan menjadi pekak sedikit demi sedikit.

Kenapa perlu jauhi earphone?

Untuk pengetahuan korang, walau nampak bergaya, sebenarnya gelombang elektromagnetik daripada headphone atau earphone akan mempengaruhi kesan elektrik terhadap otak.

Biarpun ia masih dalam kajian dan belum ada bukti kukuh  tetapi kajian terhadap tikus mendapati tikus mampu menjadi pekak.

Beberapa kajian di Eropah tentang kesan gelombang elektromagnetik terhadap tumor otak tidak dapat membuktikan kesan tersebut, Namun mengenai kesan terhadap telinga, mendengar muzik dengan earphone boleh mempengaruhi pendengaran, terutamanya apabila mendengar dalam kenyaringan dan kelangsingan (amplitud dan frequency) yang tinggi.

Cara elak jadi pekak

Adalah lebih baik korang kurangkan kerosakan pendengaran  dengan mengurangkan volume dan jumlah masa mendengar.

Satu lagi cara ialah menggunakan earphone besar berbanding kecil yang disumbat terus ke telinga.

Jenis earbuds yang kecil mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang diletakkan di dalam lubang telinga akan  memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai pada telinga luar.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros