Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tidak menghalang Mohammad Syafizul Zolkurnin, untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang.
Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu forklift di sebuah kilang, namun minat dan kesungguhan dalam bidang kejuruteraan membawanya meraih Anugerah Pingat Emas Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Mohammad Syafizul yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, berkongsi bahawa minatnya terhadap kejuruteraan bermula sejak kecil.
Pencapaian cemerlang ini turut diraih ketika dia menerima Anugerah Pingat Emas Canselor UniMAP semasa Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-19 yang diadakan di Dewan Ilmu Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, baru-baru ini.
Ads
Selain kejayaan akademik, Mohammad Syafizul kini bekerja sebagai jurutera proses di sebuah syarikat multinasional. Dia menzahirkan kesyukuran kerana gaji yang diterimanya kini setara dengan pendapatan kedua ibu bapanya, yang mana ibunya bekerja sebagai kerani.
“Saya sangat gembira kerana kini saya dapat meringankan beban keluarga dan memberi mereka kehidupan yang lebih baik,” ujarnya dengan nada penuh syukur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan online.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya Thailand antara negara Asia terawal yang bakal menerima pelancong asing dengan pengecualian kuarantin wajib bagi meningkatkan sektor pelancongan di negara tersebut. Thailand bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib kepada pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket bermula 1 Julai ini.
Menurut BERNAMA, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn berkata sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduk di pulau itu akan diberikan suntikan vaksin.
‘Phuket Tourism Sandbox’ merupakan pembukaan pertama untuk pelancong yang divaksin sebelum memperluaskan ke destinasi pelancongan lain seperti Koh Samui, Pattaya, Chiang Mai dan Krabi.
Menurut Perdana Menteri Thailand, pelancong yang divaksin dan diuji negatif COVID-19 boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin wajib. Inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ ini kini sedang menunggu persetujuan kabinet.
Jika diluluskan, pulau peranginan itu akan dibuka semula tiga bulan awal berbanding wilayah lain. Thailand merancang untuk membuka semula pintu sempadan kepada pelancong asing yang sudah divaksin tanpa perlu kuarantin pada Oktober ini.
Wah, kalau macam ni mesti ramai yang tak sabar nak terima suntikan vaksin kan? Hiks!
Personaliti media sosial dan juga seorang doktor, Dr. Malar Santhi Santherasegapan menzahirkan rasa terharu apabila menerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Wanita berusia 40 tahun itu tidak menyangka usahanya berkongsi ilmu dalam bidang perubatan di media sosial selain tugasan hakikinya sebagai doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor telah dihargai dan diberi pengiktirafan.
“Anugerah ini diberi kepada saya kerana khidmat doktor yang diberikan bukan sahaja di dalam tempat kerja sahaja, tetapi juga memikul tanggungjawab dan etika doktor di luar waktu kerja, dengan menjalankan tugas doktor di mana jua, pada setiap waktu.
“Dalam erti kata lain, sambil bekerja sepenuh masa ketika pandemik Covid-19 berlaku, saya juga meluangkan masa lapang untuk reach out kepada orang ramai sebagai doktor di media sosial, yang mana sekaligus memenuhi kriteria Anugerah Pekerja Contoh. Di dalam dan di luar waktu kerja katanya…
“Saya masih tidak tahu adakah ini jawapan tepat… Saya masih tertanya tanya. Layakkah aku? Sesuai ke aku? Dan. Saya masih kelu..,” coretnya.
Berita gembira tersebut dikongsikan Dr. Malar menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Menitipkan rasa kesyukuran, Dr. Malar atau lebih dikenali Celoteh Dr. Malar itu turut menyifatkan anugerah yang diraih sebagai pemangkin semangat untuk terus berkongsi tip kesihatan berguna kepada rakyat di negara ini.
“Demi #followerscelotehdrmalar dan mewakili semua frontliners di Malaysia, saya terima anugerah ini dengan penuh kesyukuran.
“Saya sedar dengan ini, tanggungjawab atas bahu ni makin berat. Namun, saya janji saya akan buat yang terbaik,lebih baik, selagi mampu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, wanita itu turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada suami tercinta serta orang-orang tersayang yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya serta tanggungjawab sosial yang dilakukan selama ini.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan pempengaruh yang lain turut tidak terlepas untuk menzahirkan ucapan tahniah buat wanita tersebut.
Untuk pengetahuan, celoteh Dr. Malar mendapat sambutan di semua platform media sosial terutama di Facebook dan TikTok serta dikenali ramai di sejak Mac 2020 selepas beliau aktif berkongsi tips mengenai COVID-19 dan vaksin.
Lebih menarik, perkongsian itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus menarik perhatian semua golongan masyarakat di negara ini selain disampaikan dengan cara yang lebih mudah difahami.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti yang kita semua ketahui, insomnia merupakan sejenis penyakit di mana seseorang itu akan sukar untuk tidur. Insomnia sering dihadapi orang muda disebabkan banyak faktor seperti stres, sudah ‘terbiasa’ memaksa diri berjaga malam dan sebagainya sehinggakan mereka berjaga malam sehingga ke awal pagi apabila mata mulai mengantuk.
Ini secara tidak langsung akan menganggu produktiviti hari seseorang pada sebelah siang. Bukan itu saja, apabila ia menjadi semakin serius, ia juga boleh mengakibatkan risiko kesihatan, kematian dan tekanan.
Masalah sukar tidur itu sememangnya menghantui ramai penduduk dunia lapor Mornings.co.uk.
Baru-baru ini, kajian daripada University of Wolverhampton di United Kingdom telahpun menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya keenam yang merekodkan bilangan individu yang dilanda insomnia tertinggi di dunia!
Kuala Lumpur mencatatkan ‘tahap tekanan’ 50.52 peratus menggunakan TensiStrength yang mengukur tahap tekanan ketika tidur dan dengkuran.
Selain Kuala Lumpur, ini merupakan beberapa lagi bandaraya yang tersenarai.
Rochester, AS
Liverpool, UK
Manchester, UK
Oklahoma, AS
Perth, Australia
Kuala Lumpur, Malaysia
Nottingham, UK
Tulsa, AS
Seattle, AS
Leeds, UK
Nampaknya, Malaysia menjadi satu-satunya bandaraya dari Asia yang tersenarai dan salah satu daripada rantau Asia Pasifik di samping Perth Australia.
JOM! Kami kongsikan beberapa kaedah saintifik yang boleh korang amalkan untuk membantu badan dan minda mudah terlelap pada waktu malam.
Cara untuk tidur dalam masa 10 saat
1. Cara militari
Relakskan otot wajah korang termasuk bahu dan tangan. Letakkan tangan di sebelah badan. Tarik nafas dan hembus. Relakskan kaki, betis dan paha korang. Kosongkan fikiran selama 10 saat dengan membayangkan pemandangan yang menenangkan. Jika tidak berhasil, korang perlu katakan pada diri sendiri, “Jangan berfikir” sebanyak mungkin. Dalam masa 10 saat, sepatutnya korang sudah boleh tidur.
Jika kaedah ini tidak berhasil juga, korang perlu belajar teknik pernafasan dan cara merelakskan otot. Jika korang menghidap anxiety disorder atau ADHD, cara ini mungkin kurang berkesan.
Cara untuk tidur dalam masa 60 saat
Jika korang masih belum pernah mencuba kaedah ini, korang mungkin mengambil masa 2 minit untuk tidur.
2. Kaedah pernafasan 4-7-8
Menggabungkan kuasa meditasi dan visualisasi, teknik pernafasan ini menjadi lebih berkesan sekiranya korang kerap berlatih. Jika mempunyai masalah pernafasan seperti asma atau COPD, bincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukannya kerana teknik ini boleh mencetuskan simptom.
Sebelum bermula, letakkan hujung lidah menyentuh lelangit di belakang barisan gigi hadapan. Biarkan bibir sedikit terbuka dan buat bunyi seperti korang menghembus nafas keluar. Kemudian, ketap bibir dan tarik nafas secara perlahan melalui hidung.
Kira sehingga 4. Tahan nafas selama 7 saat. Kemudian, hembus nafas dengan bunyi selama 8 saat. Elakkan daripada terlalu fokus sehingga terjaga sepanjang teknik ini. Ulangnya sebanyak 4 kali.
3. Progressive muscle relaxation (PMR)
Kaedah ini disyorkan oleh para doktor bagi pesakit insomnia. Sebelum mula, amalkan teknik 4-7-8 dan bayangkan semua stres meninggalkan korang dengan setiap hembusan nafas. Kerutkan dahi selama 5 saat sekuat yang boleh. Ini akan mengetatkan otot dahi. Kemudian, relakskan otot tersebut dengan segera dan rasakan tekanan menurun. Tunggu 10 saat.
Selepas itu, senyum selebar mungkin bagi mengetatkan otot di pipi dan muka. Tahan selama 5 saat. Relaks. Berhenti sekejap selama 10 saat. Kemudian, tutup mata secara rapat selama 5 saat. Relaks. Berhenti lagi sekejap selama 10 saat.
Gerakkan badan korang dari atas ke bawah, dari lengan, dada, paha dan kaki. Ketatkan otot-otot kemudian relaks. Biarkan diri korang tidur walaupun korang masih belum selesai mengerjakan keseluruhan anggota badan.
Ketika korang melakukan teknik di atas, fokus kepada ketenangan badan apabila badan relaks dan dalam keadaan selesa.
Cara untuk tidur dalam masa 120 saat
Jika kaedah sebelum ini tidak berhasil, korang perlu buang beberapa halangan dalam minda.
4. Ingatkan diri sendiri untuk kekal berjaga
Teknik ini juga dipanggil paradoxical intention di mana apabila kita cuba untuk tidak tidur akan membantu kita rasa mengantuk. Kajian mendapati mereka yang mengamalkan kaedah ini tidur lebih pantas berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Jika korang sering mengalami kesukaran untuk tidur, kaedah ini mungkin lebih berkesan berbanding kaedah pernafasan tradisional.
5. Bayangkan suasana tenang dan damai
Gunakan imaginasi dan bayangkan satu keadaan yang mendamaikan jiwa. Sebagai contoh, korang boleh membayangkan air terjun, bunyi air mengalir, dan bau lumut hijau. Kuncinya adalah untuk membiarkan bayangan itu memenuhi ruang minda bagi mengelakkan korang kembali memikirkan stres dan tekanan sebelum tidur.
Ini merupakan beberapa kaedah lain yang korang boleh cuba. Antaranya adalah seperti berikut:
• Sorokkan jam
• Mandi dengan air hangat sebelum tidur
• Memakai stokin
• Melakukan yoga
• Meletakkan telefon bimbit jauh-jauh (ini memang perlu!)
• Bakar lilin aromaterapi seperti perisa lavender dan chamomile
• Makan lebih awal bagi mengelakkan perut kembung sebelum tidur
*
Rasanya teknik nombor lima itu memang penulis selalu gunakan. Serius berkesan! Kalau tak percaya, apa kata korang cuba malam ini okay?
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...