Anak Pemungut Sampah Dinobat Miss Universe Thailand 2022, Ketepikan Calon Pilihan Ramai

Share

Kemenangan Anna Sueangam-iam di pentas Miss Universe Thailand 2022 tidak dijangka ramai. Ini disebabkan front-runner pertandingan yang menjadi pilihan ramai adalah Nicolene Limsnukan yang sebelum ini pernah bergelar naib juara pertandingan Miss World 2018.

Namun anak jati berdarah asli Thai ini membuktikan yang dia mampu mengetepikan pencabarnya apabila dinobat sebagai juara pertandingan berprestij tersebut sekali gus menempah tiket untuk mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa.

Anna yang dilahirkan dan dibesarkan di Bangkok merupakan anak kepada pemungut sampah. Ketika zaman kecilnya, dia lebih banyak dijaga oleh neneknya kerana ibu dan bapanya sibuk mencari rezeki untuk menampung keluarga.

Di sebalik kesukaran yang dia hadapi semasa membesar, gadis berusia 23 tahun ini tidak menjadikan kesusahan sebagai halangan untuk berjaya. Dia berazam untuk mengubah nasib diri.

Anna meneruskan pendidikannya dan lulus dari Universiti Kasetsart dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dan Pelancongan dengan kepujian kelas pertama. Kemudiannya dia menceburi dunia peragaan dan bergelar seorang model.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 2 Peserta Miss Universe Thailand Terima ‘Golden Tiara’ Bukti Kebijaksanaan, Sah Akan Menang?

Menarik tentang diri Anna, dia menjadi gadis berdarah Thai sepenuhnya memenangi mahkota tersebut selepas tiga wakil Thailand sebelum ini berdarah kacukan. Ketika menjawab soalan di peringkat top 3

, Anna yakin menggunakan bahasa Thai sepenuhnya dan ini membuktikan yang kehebatan berbahasa Inggeris tidak memberi kelebihan kepada peserta untuk edisi kali ini.

Berada di kedudukan naib juara ialah Nicolene Limsnukan manakala pemenang tempat ketiga jatuh kepada Kanyalak Nookaew. Melengkapkan posisi top 5 ialah Suchata Chuangsri dan Renita Veronica Pagano.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru Sekolah Rendah Dinobatkan Sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2022

Thailand pernah memenangi Miss Universe sebanyak dua kali menerusi perwakilan Apasra Hongsakula pada 1965 dan Porntip Nakhirunkanok pada 1988. Kali terakhir Tahiland berjaya mendapat tempat di Miss Universe adalah menerusi Amanda Obdam yang berjaya menempatkan diri di posisi top 10 di Miss Universe 2020.

Tahun lalu, Miss Universe Thailand 2021, Anchilee Scott Kemmis mengecewakan peminat ratu cantik Thailand apabila dia gagal melangkah ke peringkat semifinal setelah wakil lain negara itu melangkah ke peringkat semifinal Miss Universe sejak 2015 sehingga 2020 dengan cemerlang.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

Published by
Fiezreen