Sebagai anak bongsu, tiada hadiah lebih mahal diberikan kepada ibu bapanya kecuali keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang membanggakan iaitu 9A. Sebagai satu-satunya calon tunggal memperoleh 9 A di mana dua darinya adalah A+ (Cemerlang Tertinggi) dan selebihnya A- di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, Adam Ibrahim bin Mohd Yusof, 18 tahun sama sekali tidak menyangka akan memperoleh keputusan sebegitu.
Lebih membahagiakan, walau ibu bapanya hanya menyara kehidupan dengan berniaga kuih muih dan goreng pisang berdekatan kediaman mereka di Kondo Rakyat, Bukit Kerinchi, jelas Adam dia bangga kerana usahanya selama ini berbaloi.
Apa yang mengharukan, ketika keputusan diumumkan di sekolahnya, Adam yang pada awalnya datang ke sekolah sendirian, kemudian pulang semula ke rumah untuk mengajak mengambil kedua ibu bapanya untuk sama-sama menyaksikan detik bersejarah berkenaan. Malah apa yang mengharukan saat namanya diumumkan sebagai calon tunggal memperoleh 9A, ibunya, dikenali sebagai Zabedah binti Kerot, 58 terus melakukan sujud syukur di kerusi di dudukinya dan hampir-hampir terjatuh sambil air matanya mengalir seolah tidak mempercayai keputusan diperoleh anaknya itu.
“Syukur pada Allah atas kejayaan anak. Saya tengah berniaga ketika Adam datang dan katanya cikgu suruh datang sekolah. Dia pecah rekod dalam keluarga memperoleh 9A,” katanya memaklumkan kesemua anak-anaknya masuk ke universiti dan berkata Adam bercadang untuk memilih menjadi doktor.
“Sebenarnya saya rasa terlalu sebak. Susahnya besarkan anak-anak dahulu tetapi dengan wang jualan kuih muih, bihun, nasi lemak inilah saya besarkan anak-anak hingga mereka mencapai apa mereka hajati. Itu yang rasa sangat sebak bila Adam peroleh keputusan baik dalam SPM. Syukur pada Allah. Adam memang banyak menolong di rumah. Tolong bungkus nasi lemak, sidai baju dan sebagainya. Dia anak yang baik,” katanya memaklumkan biasanya dia akan bangun jam 12 tengah malam menyiapkan kuih muih untuk jualan.
Malah ketika mengiringi anaknya ke pentas untuk mengambil slip peperiksaan dari YB Fahmi Fadhil, Ahli Parlimen Lembah Pantai selain Pengetua SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, Ustaz Wan Zaidi Wan Mahmood, air matanya tidak henti mengalir.
Ads
Menjelaskan rahsia kejayaannya, kata Adam yang belajar di aliran Sains dia tiada cara khusus belajar sebaliknya hanya biasa-biasa.
“Biasanya lepas Isyak saya akan mulakan ulangkaji. Masa tidak menentu, adakalanya hingga jam 2 pagi. Tapi kalau penat sangat, saya akan tidur dahulu dan bangun pada jam 4 pagi untuk solat dan belajar sebelum terus ke sekolah,”katanya memaklumkan, ketika peperiksaan percubaan dahulu, dia hanya memperoleh 5A dan kerana itulah dia sama sekali tidak menyangka akan peroleh 9A hari ini. Malah kata Adam, dia akan bertemu guru kaunselor sekolahnya bagi membincangkan langkah seterusnya sebelum mengisi borang permohonan ke universiti.
Dalam pada itu, selain Adam, satu-satunya pelajar berbangsa Cina di sekolah tersebut, Queena Lim Min yang baru berpindah ke sekolah ini ketika pertengahan tahun tingkatan 4 dan belajar di kelas Akaun mengakui sedikit terkilan kerana memperoleh 8A dan 1 B+ bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Katanya dirinya memperoleh 9A ketika peperiksaan percubaan dan mengharapkan keputusan yang sama.
Ads
“Saya jangkakan akan peroleh 9A tapi sedikit saja lagi dapat B+. Memang rasa agak sedih kerana tak memperoleh keseluruhan A.
Biarpun satu-satunya pelajar berbangsa Cina tapi bagi Queena tidak pernah kekok bersekolah di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur malah dia berkawan seperti biasa dengan pelajar lain.
“Saya baru berpindah di kawasan ini. Sebelum itu di sekolah lain tapi tiada masalah biar saya hanya seorang diri.Kawan-kawan juga baik dan kami saling bantu membantu,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, semasa mengumumkan keputusan sekolah, Pengetua Ustaz Wan Zaidi berkata, dari 169 orang calon SPM, hanya 131 calon peroleh sijil penuh. Malah beliau mengambil pendekatan berbeza tahun ini apabila memanggil pelajar-pelajar SPM tahun ini untuk duduk sekali di dalam dewan kerana mahu pelajar melihat dan merasai perasaan calon mengambil keputusan masing-masing.
“Dapat apa pun keputusannya, itulah usaha kita semasa sekolah. Sebab itu tak boleh ponteng kelas, mesti lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, baru dapat sijil penuh. Yang dah lepas memang tak boleh menoleh ke belakang lagi tapi bagi yang mahu mengambil SPM tahun ini boleh jadikan pengajaran,”katanya dalam ucapan di hadapan ratusan pelajar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukar untuk sesiapa mengenepikan populariti kumpulan K-Pop, Blackpink ketika menyertai pertunjukan fesyen Spring Summer 2020, baru-baru ini.
Keempat-empat ahli Blackpink hadir solo ke empat buah show berlainan. Namun aura dan stail yang mereka bawakan cukup hebat! Cer lihat kelibat mereka di Burberry, Saint Laurent, Chanel dan Celine.
Jisoo
Burberry . London Fashion Week
Jisoo,Dua Lipa and Anwar Hadid bersama di front row? Oh yes!
Jisoo mencuri perhatian walaupun ringkas memakai jaket tartan wool dan matching miniskirt from yang dipilih olehnya sendiri hari sebelumnya di Regent Street.
Jennie
Chanel . Paris Fashion Week
Sebenarnya, penulis tak terkejut dengan kehadiran Jennie di pertunjukan Chanel. Dia telah mewakili Chanel Beauty Korea sejak tahun 2018.
Walaupun pilihan baju Jennie sedikit dipertikaikan oleh netizen kerana beranggapan dia boleh memilih stail yang lebih cantik, Jennie masih menjadi tumpuan utama bersebelahan dengan rapper, Cardi B dan Editor Vogue, Anna Wintour.
Lisa
Chanel . Paris Fashion Week
Penangan Lisa Manoban di pertunjukan Celine Paris memberikan impak hebat kepada dunia K-pop dan dunia fesyen setelah hashtag #LALISAxCelinePFW di-retweet & di-repost sekerap 3 juta kali.
Stail minimalis tetapi masih elegan yang disarung oleh Lisa juga dicuba semula oleh ramai remaja di Korea untuk beberapa hari selepas pertunjukan tersebut.
Rose
Saint Laurent. Paris Fashion Week
Rose merupakan antara selebriti Korea yang hadir ke pertunjukan fesyen dengan penuh bersedia sejak di lapangan terbang lagi.
Menyarung pakaian YSL di Lapangan Terbang Incheon, Rose dijemput ke Paris untuk menyertai nama-nama besar Hollywood. Walaupun berdepan dengan cuaca hujan, Rose masih nampak bertenaga dan berstail dalam persalinan double-breasted coat dress Saint Laurent.
Jadi, stail siapa menjadi pilihan korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dapat bayangkan selebriti Korea menyebut, “Oh Mak Kau” ?
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada video promosi saluran atas talian, Netflix untuk mempromosikan K-drama terbaru mereka, Vagabond kepada penonton di Malaysia.
Sebelum ini, pelakon Hollywood Neoh Centineo dan Odiseas Georgiadis pernah melakukan video berkonsep seakan sama untuk mempromosikan filem The Perfect Date. Kali ini, tiba giliran pelakon Korea Selatan pula.
Pasangan serasi, Bae Suzy dan Lee Seung-gi yang merupakan teraju utama drama Vagabond diminta untuk meneka maksud beberapa slang percakapan berbahasa Malaysia.
“Jom tengok siapa yang dapat pelajari Bahasa Malaysia dengan lebih pantas!” kata Seung-gi sebelum bermula.
Antaranya slang yang perlu mereka teka maksudnya termasuklah ‘Oh Mak Kau’, ‘Alamak’, ‘Fuyoh’, ‘Power’ dan ‘Member’.
Kami ingatkan game seperti ini mudah untuk Suzy dan Seung-gi memandangkan mereka agak familiar dengan peminat di rantau ASEAN. Tetapi tidak! Hehe..
Ada jawapan yang mereka dapat agak, ada yang tersasar.
Cer tengok video yang dikongsikan oleh Netflix Malaysia di bawah. Serius comel!
Jungkook telah disahkan positif sebaik tiba di negara itu apabila mengalami simptom sakit tekak. Dia bersama ahli BTS yang lain dijangka akan melakukan beberapa siri konsert dan membuat kemunculan serta persembahan bagi majlis berprestij, Anugerah Grammy.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music, mereka memaklumkan yang sebelum itu, Jungkook telah pun membuat ujian pengesanan Covid-19 di Korea Selatan dan disahkan negatif.
“Jungkook telah diuji negatif pada ujian PCR di Korea, dan dia berlepas ke Amerika Syarikat pada Ahad, 27 Mac sebagai persediaan untuk persembahan Anugerah Grammy. Selepas tiba di Las Vegas, dia merasakan sedikit ketidakselesaan di tekaknya dan segera mengambil ujian PCR pantas dan ujian PCR standard pada petang Ahad, 27 Mac,” menurut mesej yang disampaikan oleh syarikat tersebut.
Tambah kenyataan oleh syarikat Big Hit Music itu, “Ketika menjalani kuarantin sebagai langkah keselamatan, kedua-dua ujian yang dibuat adalah positif, dan Jungkook sah dijangkiti Covid-19 pada Isnin, 28 Mac. Jungkook kini berada di bawah kuarantin dan rawatan diri, mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat.”
Walau bagaimanapun, penyanyi tersebut dilaporkan tidak mengalami gejala teruk selain sakit tekak ringan.
Nampaknya nasib ‘adik bongsu’ dalam kumpulan popular Korea Selatan, BTS ini bakal ditentukan kelak mengikut terma syarat kesihatan Covid-19 yang ditetapkan jabatan kesihatan Amerika Syarikat. Ini bagi memastikan dia benar-benar sihat untuk melakukan persembahan.
BTS dijadualkan membuat persembahan dalam empat konsert, Permission to Dance on Stage, di Stadium Allegiant di Las Vegas. Mereka akan mengadakan pertunjukan secara langsung pada 8 April, 9 April, 15 April dan 16 April. BTS juga akan mengadakan persembahan di MGM Grand Arena, Las Vegas untuk Anugerah Grammys.
Kumpulan ini telah dicalonkan dalam ketegori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik menerusi lagu hit mereka, Butter.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...