Anak kepada pelawak terkenal Achey, Tiara, telah berjaya merangkul tiga anugerah akhir tahun 2024 di sekolahnya.
Kejayaan tersebut telah dikongsi oleh ibunya, Anne, atau nama lengkapnya Nur Hasanah Yahaya, menerusi Instastory, yang meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Tiara.
ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Kelahiran Bumi Kenyalang Cipta Sejarah Di Taiwan, Berjaya Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape. Tahniah!
“Tahniah kakak, hari ini dapat tiga anugerah akhir tahun 2024. Mama bangga dengan kakak. Tahun ini usaha lagi,” tulis Anne dalam perkongsian tersebut.
Selain anugerah, Tiara juga memperoleh keputusan cemerlang dengan 6A dan 1D dalam peperiksaannya. Ujar Anne, Tiara atau nama penuhnya Nur Tiara Zinnirah menuntut hadiah kerana berjaya mendapatkan markah penuh untuk dua subjek.
ARTIKEL BERKAITAN : Kolej Tunku Kurshiah Cipta Sejarah Di Peringkat Antarabangsa, Berjaya Tewaskan Robot Sumo Jepun!
“Ada budak tuntut hadiah sebab mama ayah janji kalau dapat markah penuh, tak kira subjek apa, mama ayah nak bawak pergi jalan-jalan. Tahniah kakak 6A, 1D,” kata Anne.
Selain itu, Anne memaklumkan bahawa minggu depan, keluarga mereka akan berangkat ke Tanah Suci, Mekah, bagi mengerjakan ibadah di sana.