Anak Perempuan Tiara Jacquelina Bukan Sekadar Cantik, Atlet Seni Mempertahankan Diri Jujitsu

Share

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

Begitulah perumpamaan anak perempuan kepada selebriti berprofil tinggil, Puan Sri Tiara Jacquelina dan juga bekas suaminya arwah Hani Mohsin iaitu si cantik manis Hani Kamila.

Ulang Tahun Kelahiran 

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Puan Sri Tiara, dimuatnaik sekeping gambar terkini anak perempuan mereka dan menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya Hani Karmila bagi meraikan ulang tahun kelahiran dengan coretan ringkas di Instagram beliau.

“Selamat hari lahir kepada anak perempuan kesayangan saya di dunia ini. Si gadis yang buat saya paling gembira, menghangatkan hati saya dan memenuhi segala kegembiraan dan kebanggaan saya. Juara Jiujitsu saya dan pereka yang paling berbakat dan kreatif juga. Mila saya.” Coret Tiara

Untuk pengetahuan korang semua, anak perempuan kesayangan Puan Sri ini bukan sekadar cantik seperti ibunya. Malah, Hani Karmila atau lebih mesra dikenali sebagai Mila ini juga merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri.

Baru-baru ini Mila berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri Jujitsu bagi kategori 58 kilogram di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.

Cantik dan berbakat, sekali pandang wajah Hani Karmila seiras arwah bapanya. Al-fatihah (dengan bacaan ) untuk Hani Mohsin.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana