Walaupun dikenali sebagai anak Raja Maha Vajiralongkorn, puteri ini tidak pernah terikat dengan protokol dan peraturan istana mahupun kerabat diraja. Puteri Sirivannavari Nariratana nampak berbeza sekali ketika dia hadir di Minggu Fesyen Haute Couture Paris.

ARTIKEL BERKAITAN : Melebihi Harta Messi dan Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!

Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris
Foto – HRH Princess Sirivannavari Nariratana Rajakanya (FB)

Pada Isnin lepas, satu-satunya anak perempuan Raja Vajiralongkorn ini terbang ke Paris untuk memenuhi undangan pameran Shocking! The Surrealist Worlds Of Elsa Schiaparelli di Musee Des Arts Decoratifs.

Acara Schiaparelli ini kemudiannya menjadi peluang keemasan untuk Puteri Sirivannavari berekperimentasi dengan dengan gaya yang lebih berani. The Daily Mail melaporkan bahawa gaun hitam Schiaparelli berharga £4,800, menjadi pilihan puteri berusia 35 tahun itu.

Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris
Foto Via Daily Mail
Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris
Foto Via Daily Mail

Gaun itu dilengkapi dengan tali rantai emas. Hiasan berupa sepasang puting emas kelihatan menghiasi dada gaun tersebut. Turut melengkapkan gayanya, anting-anting emas dan rantai leher padanan dihiasi dengan loket berbentuk huruf M. Sepatu emas juga menjadi menonjolkan lagi Sirivannavari. Jangan lupa beg tangan hitam. Perfect!

Ia adalah agenda tetap Puteri Sirivannavari untuk menghadiri minggu fesyen dunia. Bukan sekadar arena untuk mengejar popular, graduan reka bentuk fesyen dari Universiti Chulalongkorn Thailand ini pernah mempersembahkan karyanya sebagai pereka di Minggu Fesyen Milan pada tahun 2004.

Ads

 

Selain daripada aktif dalam bidang sukan, Puteri Sirivannavari sangat gemar akan pakaian dan fesyen. Sehinggakan puteri ini berjaya memiliki jenama fesyen sendiri iaitu Sirivannavari. Disebabkan oleh itu, puteri diraja Thailand ini acap kali dijemput ke pertunjukan fesyen jenama mewah seperti Louis Vuitton, Chanel, Balmain dan banyak lagi.

Ads

Untuk info, beliau menghadiri Minggu Fesyen Paris buat kali pertama pada 2007. Ketika itu, Puteri Sirivannavari yang juga cemerlang sebagai atlet badminton bekerjasama dengan rumah fesyen Balmain untuk mencipta koleksi kapsul.

Psst… Selain suka bersukan dan berfesyen, Puteri Sirivannavari juga miliki bakat melukis dan menjadi aktivis hidupan laut. Hebat kan?

BACA LAGI : Mirip Lisa Manoban Kerana Mahir Menari, Puteri Jenna Norodom Dari Kemboja Diminati

Ads

SUMBER : 1

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI