Perempuan mana je yang tak nak rambut sihat, segar dan kemas terletak?
Selalu apabila kita perhatikan kepada kaum kerabat istana, selebriti tanah air malah pramugari syarikat penerbangan sekalipun, semuanya memiliki rambut yang cantik!
Antara favourite kami tentulah DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duchess of Cambridge, Kate Middleton ketika mereka menghadiri acara atau majlis tertentu. Cantik sangat.
Tapi realitinya apabila kita melihat imej diri sendiri di dalam cermin, umpama langit dan bumi!
Anak rambut pastinya akan kekal terpacak di atas kepala, umpamanya macam ada tarikan magnet yang menarik.
Apa kata korang cuba 4 tip mudah untuk dipraktikkan ini kalau ingin mengelak masalah remeh ini daripada berterusan.
Jangan Kerap Syampu
Ya, membasuh rambut itu rutin yang bagus. Rambut menjadi bersih dan berbau harum. Apa yang menjadi masalah adalah apabila kita terlalu kerap syampu rambut kerana ia adalah penyebab rambut hilang kelembapan.
Jika terlalu kerap, korang akan perasan rambut menjadi kering, mengembang dan susah untuk diurus. Cuba selangkan 2 ke 3 hari, sekali.
Elakkan Hair Dryer
Kita semua menghadapi masalah tiada masa yang cukup pada waktu pagi untuk mengeringkan rambut selepas mandi. Tambahan pula bila dah terlambat masuk ke lecture hall, dah la lecturer garang semacam!
Jadi hair dryer menjadi pilihan utama ramai perempuan (dan lelaki). Namun, hair dryer membuatkan rambut bertambah kering dan tidak membantu pun untuk mengemaskan anak rambut. Sebolehnya, usah jadikan hair dryer sebagai rutin wajib setiap hari.
Suka Hair Spray Eh?
Ramai perempuan yang menganggap penggunaan hair spray adalah solusi terbaik untuk memastikan rambut kekal cantik dan ‘tak bergerak’ sepanjang hari. Namun, jika korang semburkannya pada rambut dengan terlalu kerap, we have some bad news for ya.
Hair spray mengandungi alkohol yang membuatkan rambut kering. Lebih baik jika kamu menggantikan hair spray dengan produk lain seperti hair mist atau hair milk. Sekali-sekala tu tak mengapalah, jangan selalu tau.
Berhenti Guna Sikat Plastik
Eh, guna sikat plastik boleh buat anak rambut menjadi ‘liar’? Yes girls!
Korang tak dapat lihat dengan mata kasar tetapi sikat plastik mengalirkan tenaga elektrik statik yang membuatkan anak rambut ‘berdiri’ menegak secara automatik. Sebaiknya, tukar kepada sikat yang diperbuat daripada kayu atau logam.