Anak Saudara Puteri Diana Naik Pelamin. Biarpun Tanpa Tiara, Kitty Spencer Tetap Kelihatan Menawan

Share

Mendiang Puteri Diana merupakan di antara kerabat diRaja paling popular dan berpengaruh. Sehingga kini selepas 24 tahun kematiannya, nama dan juga jasanya kepada masyarakat masih lagi dikagumi dan diingati.

Tidak memiliki zuriat perempuan, namun populariti yang dimiliki mendiang terkena juga kepada salah seorang anak saudara perempuannya, Lady Kitty Spencer.

Lady Kitty Spencer dan suaminya, Michael Lewis. Foto: Royal Style Watch

Berusia 7 tahun ketika ibu saudaranya meninggal dunia, Kitty membesar sebagai wanita yang anggun malahan ramai menyamakan aura kecantikan yang dimilikinya bak mendiang Puteri Diana.

Hujung minggu lalu, wanita bangsawan berusia 30 tahun ini telah melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang merupakan seorang jutawan dan usahawan berjaya, Michael Lewis, 62. Perkahwinan yang berlangsung di di Rom, Itali itu dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga rakan selebriti pasangan ini.

Ketika sesi menyedang baju. Sumber foto: Royalty Report

Kitty tampil regal dalam persalinan busana gaun perkahwinan rekaan pereka fesyen terkenal Dolce & Gabbana. Gaun putih penuh renda potongan kembang itu diinspirasikan dari gaya Victorian yang klasik.

Dalam laporan Mirror UK. Duo pereka fesyen itu mengambil masa selama enam bulan untuk menghasilkan busana pernikahan tersebut di atelier mereka yang terletak di Milan dan juga kilang sulaman mereka.

Mereka berkata, “Salah satu inspirasi semestinya kecintaan Kitty Spencer terhadap Itali. Dia jatuh cinta dengan keindahan dan kekayaan sejarah, seni dan budaya negara ini.”

Sumber gambar: Royalty Report

Satu perkara yang paling mengejutkan ramai apabila Kitty dilihat tidak mengenakan sebarang aksesori kepala seperti tiara. Sebelum ini ramai menjangkakan yang dia akan mengenakan The Spencer Tiara

yang merupakan tiara turun temurun milik keluarganya yang juga diguna oleh Puteri Diana ketika hari perkahwinannya kepada Putera Charles.

The Spencer Tiara

But with or without the tiara, she looks so stunning!

Sumber: Mirror UK, Dolce & Gabbana

 

Published by
Fiezreen