Berita baik untuk anak Selangor!
Pada saat getir penularan Covid-19 ini, kita semua memahami sentimen rakyat Malaysia yang khuatir mereka tidak dapat melangsungkan kehidupan apabila punca pendapatan masing-masing ‘tersekat’ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilangsungkan.
Ini termasuklah kos persediaan dan penghantaran pelajar di institut pengajian tinggi seluruh negara. Justeru ramai yang mengharapkan agar pihak berkuasa di negeri masing-masing tampil memberikan bantuan sewajarnya kepada para pelajar yang berdepan dengan kekangan kewangan.
Sebagai contoh pada setiap tahun, pihak kerajaan negeri Selangor akan menawarkan insentif yang dinamakan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bagi meringankan beban persediaan pelajar.
Melalui perkongsian Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari di Twitter, beliau mengumumkan bahawa dana sebanyak RM1000 akan ditawarkan khas buat pelajar kelahiran negeri Selangor yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi.
Namun, kami ingin mengingatkan bahawa permohonan tersebut perlulah dilakukan sebelum 31 Mac ini. Bagi setiap pelajar, hanya satu permohonan saja yang boleh dihantar.
Jadi kepada anak Selangor di luar sana. jangan lupa rebut peluang bantuan ini okay!
Permohonan HPIPT boleh dilakukan DI SINI.